SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 6, 2011

semuanya harus dicatatkan





salam sayang
Assalamualaikum






sejak dapat gaji, mula bekerja, setiap bulan akan asingkan untuk simpanan tabung majlis disember nanti. setiap apa yang hendak dibeli, duit yang digunakan, semuanya pasti akan dicatatkan supaya pada akhirnya akan dapat tahu berapa perbelanjaan yang telah digunakan secara keseluruhannya.






nak membina mahligai bahagia ni bukannya senang, nak-nak lagi zaman sekarang ni yang semuanya memerlukan duit. gedebak gedebuk lah kan, nak kahwin sekarang ni, minimum pun kena ada RM 30K. betul, tak tipu. kecualilah majlis hanya kenduri bersama keluarga sahaja, itupun kena keluarkan bajet jugak, walaupun taklah banyak mana.






dari awal lagi, segala apa yang diperlukan dicatatkan bajetnya, dicatatkan juga harga sebenar supaya dapat tahu berapa banyak yang dapat dijimat. walaupun tak jimat banyak, tapi sekurang-kurangnya cuba untuk tidak melebihi dari bajet yang ditetapkan.






mana yang boleh cik zira beli dulu, cik zira beli. memandangkan cik zira hanya dapat jumpa encik buah hati masa cuti sekolah sahaja itupun tidak lama, jadi masa yang ada digunakan untuk membeli mana-mana barang yang boleh dibeli bersama. barang selainnya yang boleh dibeli masing-masing diuruskan sendiri.






jumlah-jumlah yang besar seperti katering tu kena sediakan bajet yang secukupnya lah. mana-mana yang jumlahnya ribu-ribu tu kenalah bayar sikit-sikit kalau boleh dan mana yang boleh disetelkan dulu, cik zira setelkan dulu supaya tidak kelam kabut di akhir masa nanti.






so far, alhamdulillah. semuanya berjalan seperti yang dirancang cuma ada sikit-sikit yang lari sikit dari perancangan. walaupun masa berbaki masih ada beberapa bulan, tapi apa yang boleh diuruskan dengan masa yang ada ni, cik zira cuba dengan baik untuk uruskannya.






cik zira selalu tanya pendapat abah, pendapat auntie zie. dan cik zira paling suka tanyakan pendapat bik sah sebab dia ngan cik zira satu kepala,, hehe. kiranya bik sah ni ibarat pengganti arwah mak lah yang cik zira boleh bercerita pasal persiapan cik zira,, =)






alhamdulillah juga sebab abah, chenta-chenta hati pun akan tolong cik zira sikit-sikit dari segi kewangan, tapi kalau boleh semaksimum mungkin cik zira akan guna duit yang cik zira simpan, duit yang cik zira ada untuk majlis ni. duit hantaran dari buah hati tu pun nanti akan menolong tambah mana yang patut.






kawan-kawan, nak kahwin ni memang akan gunakan belanja yang banyak. kadang-kadang benda remeh je kita ingat macam goodie bag untuk jemputan tu pun kalau jemputan dah seribu, beg dan isi dalam beg harga RM 3, kalikan dengan 1K, mahunya nak RM 3K dah kan. tak campur lagi benda kecik-kecik yang lain. jadi, fikirlah, kalau dah bersedia nak berkahwin, bukan sahaja mental dan fizikal kena kuat, malah kewangan juga merupakan peranan yang paling utama, bukan sahaja untuk majlis itu tetapi juga untuk kehidupan selepas itu. itu yang paling utama.






majlis yang nak dibuat itu nanti, biarlah mengikut bajet yang kita ada dan mengikut kemampuan. tak payahlah nak kan itu ini yang kita tahu kita pun takkan mampu dan takkan terkejar nak dapatkannya. biarlah majlis kita itu nanti mengikut apa yang kita impikan dan yang penting mengikut berapa yang kita mampu.






jadi, cik zira sendiri setiap apa yang dibelanjakan, resitnya semua cik zira akan simpan dalam fail untuk rujukan. semuanya perlu dicatatkan untuk simpanan peribadi.


itulah fail penting cik zira yang ada segalanya dalam tuh untuk majlis disember nanti





takpe, bekerja keras sikit untuk disember nanti. kalau dah lepas, dah selesai majlis penting tu nanti, masih kena menyimpan setiap bulan juga untuk perbelanjaan berdua pula. Insya Allah.






usia cik zira dah 25. kalau dulu memang tolak jauh-jauh nak kahwin ni. memang tak terfikir hati akan terbuka, namun ini semua kerja Tuhan, kerja Allah. dulu memang mulut boleh berkata apa sahaja, tapi bila Allah kata jodoh, mulut kata lain hati pun dah lain. cik zira sedar kesilapan lalu yang cik zira dah lakukan. dah harap sesiapa yang mengenali faham dan mendoakan yang terbaik untuk cik zira ye,, =)






cik zira nak buat list-list semua tu, macam seganlah. lagipun majlis lambat lagi. tapi, takpe, mana tahu nak dekat-dekat nanti cik zira boleh kongsikan info jugak sikit-sikit yang boleh bantu korang yang lain yang nak berkahwin jugak kan. itu nantilah k. sekarang masih awal lagi.






kepada kawan-kawan cik zira yang dah pun berkahwin, ada yang dah ada baby, ada yang tengah mengandung ke, tahniah cik zira ucapkan dan selamat berbahagia selamanya. semoga cik zira pun akan mengalami itu semua dan diberikan yang terbaik dari ALLAH SWT. AMIN.






akhir kata, untuk penutup entry pagi isnin ini, cik zira cuma nak pesan, perkara kahwin ni perkara serius. jadi, kalau betul-betul dah bersedia, sama-samalah kita dan pasangan merancang dengan teliti supaya segalanya berjalan lancar dan paling penting akad nikah itu dan restu kedua keluarga k.






harapnya apa yang cik zira coretkan ni dapat cik zira kongsikan sikit-sikit dengan pembaca blog MERAH cik zira ni sebagai panduan buat yang sewaktu dengan cik zira,, hehe








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 5 jun 2011 8.15 p.m.

7 comments:

saharinasaharudin said...

semoga semuanya bjalan dgn lancar :)

icee-yah said...

all the best tu u:)

icee-yah said...

all the best tu u:)

hazirah abdul rahman said...

saharinasaharudin :



terima kasih sangat dear,, doakan tau,, =)

hazirah abdul rahman said...

icee-yah :


thanx dEar,, tolong doakan untuk kt ye,, =)

cikpuanrosliana said...

ait cik zira!!!cik zira dah nak tawen ke???me salah seorang pembeli online dulu masa cik zira jual tudung especially tudung syria...kalu cik zira igt laa...

hazirah abdul rahman said...

Insya Allah ros, bulan disember. macam ingat sebab kt memang catat nama customer dulu dalam buku,, hehe


thanxla sebab ingat kt lagi ye ros,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails