SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, June 22, 2011

si arash yang nakal selalu buat cikgu-cikgu geram.




okeh, ini ceritanya.






eh, tetibe je kan. terus nak bercerita,, ngee






dalam kelas cik zira 2F tu, cikgu-cikgu yang mengajar kelas cik zira pasti kenal dengan budak nama arash. mana-mana cikgu memang dah tahu perangai dia macam mana. dalam kelas memang suka main, tak beri tumpuan, suka berangan, buat kerja lambat, selalu tak bawa buku, kerja tak siap. pendek kata semua sifat nakal ada pada arash ni.






walaupun begitu, dengan cik zira, ada masa dia dengar cakap dan ada masa kadang-kadang cik zira akan rasa kesian dekat dia. nasib baik english dia ok lah, takde teruk mana pun. cuma itulah, buku selalu tak bawa, buat kerja lambat sangat, tulisan tak payah cakaplah kan,, huhu






adalah satu hari ni, si arash ni tak bawa buku aktiviti, semua kawan-kawan buat kerja teacher hazirah ni bagi, dia boleh duduk-duduk je baca buku, lepas tu berangan lepas tu tertidur.






semua budak bagi tahu cik zira, "teacher-teacher, arash tido." kelam-kabut semua bagi tahu cik zira si arash ni tido. kelakar pun ada. yelah, cik zira ni duklah mengajar, suara kuat, kawan-kawan bagi respond bising-bising, dia boleh je selamba tido tak terganggu langsung. arash-arash,, ;)







cik zira biarkan aje. dahlah tak bawa buku, siap tido lagi. kelas cik zira mana pernah budak tido, memang tak beranilah sape-sape nak tido. tu bila arash tido semua cepat-cepat bagi tahu. tapi, penyudahnya cik zira biarkan je.





sampailah rehat, dia boleh tak sedar apa. cik zira suruh semua pergi kantin je tak payah kejutkan dia. dia memang tak sedar apa. cik zira siap amek gamba dia memang dia sedap tido.






cik zira keluar kelas, lepas tu minta tolong pengawas perempuan darjah 3 tu kejutkan dia suruh dia pergi kantin.






kadang-kadang bila jadi cikgu ni kan, memang akan jumpa budak nakal macam ni. budak-budak ni memang nakal, buat kita geram, rasa nak marah je, tapi ada satu-satu masa budak-budak macam nilah akan jadi penghibur. tapi bukan selalulah.






dah tak tahu kadang-kadang macam mana lagi nak tegur, nak marah si arash ni, dia memang macam takde perasaan langsung. kalau sape tengok dia memang rasa nak cekik-cekik je dia. marahlah macam mana pun, muka dia saja je. geram sungguh!






besar nanti jadi apalah si arash ni ye,,, hai...( nada mengeluh)






tengok, cik zira pulak tolong fikirkan arash besar nak jadi apa. yelah, mahunya tak risau. tapi, takpe, baru darjah 2 kot. perjalanan hidup dia masih panjang. harap-harap takdelah perangai dia sampai ke besar. AMIN.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 20 jun 2011 9.12 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails