SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 3, 2011

dugaan demam





semalam pergi sekolah untuk larian 1 sukan 1 murid. punyalah semangat senamrobik sampai kaki sume tegang, dah lama tak bersenamrobik katakan. masa lari, cik zira berjalan jek sebab jadi AJK kecemasan, jadi kena stand by kalau ada budak sakit.






habis larian, pukul 10 lebih, tapi cikgu kena balik pukul 12.30. cik zira minta excuse balik awal sebab sepupu cik zira, Qila tu bertunang. sampai je rumah mandi siap-siap terus ke rumah tokyam. dah ramai dah sampai. family tokyam jek dah penuh satu rumah.






daripada hari jumaat lagi sebenarnya hidung sakit. hari sabtu tekak pulak. selesai majlis tunang tu, lepas makan nasi, cik zira dah tak larat dah. terus masuk bilik dan tidur. bangun-bangun memang dah demam, badan panas gila, kepala sangat berat dan pening bukan main.





dan bermulalah episod demam dari petang semalam sampailah sekarang ni. terbaring je atas katil. tapi, ni gagahkan jugak badan bagi kuat. dapatlah update blog sekejap. hidung dah selsema, batuk dah makin kuat, kepala masih pening. tak larat sangat badan ni.






harap-harap esok dah boleh baiklah sebab nak kena pergi sekolah.






doakan cik zira sihat ye. nak update blog ni pun gagahkan diri.





sebab tuhlah blog hari ni baru nak berupdate disebabkan empunya blog demam,,, huhu






ok ye, banyak sebenarnya nak cerita tapi disebabkan keadaan diri tak mengizinkan cik zira berhenti di sini dulu ye,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 3 julai 2011 3.11 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails