SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, July 1, 2011

Hari Terbuka SK Taman Cendana




seperti yang cik zira bagi tahu semalam, sekolah cik zira telah mengadakan Hari Terbuka semalam, khamis. Ibu bapa berjumpa dengan guru kelas untuk mengambil Buku Adab dan berbincang tentang anak mereka.


nape muka makin bulat ye?,, ;)




sampai sekolah dalam pukul 7.15, terus masuk bilik guru ambil apa yang patut dan terus naik ke kelas. seawal jam 7.45 pagi kalau tak silap dah ada ibu bapa yang bertemu dengan cik zira dan sampailah yang terakhir, 41 daripada 43, cik zira duduk di kerusi bercakap tanpa henti melayan 41 ibu bapa kepada anak-anak cik zira kelas 2F






nasib baiklah cik zira puasa, kalau tak puasa, mahu jugak lapar sebab memang takde masa nak makan. lepas satu habis, terus sambung yang lain sampailah tak sedar masa dah pukul 12 rupanya. bayangkanlah dari pukul 7 lebih duduk di kerusi dalam kelas tuh sampailah pukul 12 cik zira memang sampai tengok jam pun tak sempat. alih-alih dah pukul 12, kejap betul. tengok kelas-kelas lain ramai cikgu yang dah turun bilik guru. tinggal beberapa kelas je lagi masih ada ibu bapa. 






cik zira suka sebenarnya bila dapat jumpa ibu bapa anak-anak cik zira ni, sekurang-kurangnya boleh kenal dan boleh bagi tahu anak-anak dorang kat sekolah macam mana. dan apa saja pandangan, cadangan dan pendapat yang diberikan cik zira akan usahakan dan ambil tindakan untuk kebaikan anak-anak kelas cik zira tuh, 2F, Insya Allah.






kiranya kelas cik zira, dua orang tak datang. yang lain, alhamdulillah semuanya datang. selesai semua, sebelum turun bilik guru, tutup register dulu untuk bulan Jun memandangkan semalam hari terakhir dalam bulan Jun, hari ni dah 1 Julai 2011. dah tulis nama siap-siap dalam register untuk bulan Julai ni.






siap je semua, bawalah barang-barang turun ke bilik guru. ramai dah cikgu dalam bilik guru, ada yang dah balik pun. cik zira tulis kehadiran, bawa balik barang-barang yang kena bawa balik dan balik sebab dah takde apa nak dibuat. sepatutnya semua guru dapat makanan tengah hari amek di kantin tapi sebab cik zira puasa, tak amek pun, rezekilah sapa yang dapat, sebungkus je pun,, =)






cik zira harap sangat dengan pertemuan antara cik zira dan ibu bapa semalam, anak-anak cik zira tuh terus berusaha supaya dapat tingkatkan prestasi ke arah yang lebih baik. budak-budak kan, dorang ni banyak mainnya, harap dapat kurangkan main dan lebih banyak ulangkajilah kat rumah.






ini sahaja entry pagi ni, bercerita pasal Hari Terbuka SK Taman Cendana semalam.






hari ni ke sekolah macam biasa, pukul 1 keluar dari rumah. masih berpuasa dan esok ada Larian 1 murid 1 sukan, cik zira jadi AJK Kecemasan. yelah, hari tu punya larian cik zira pun duk berlari sama dengan budak-budak, sabtu ni terus kena jadi AJK Kecemasan,, hehe






baiklah semua ye, sampai di sini untuk pagi ni, jumpa lagi entry petang nanti k,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 30 jun 2011 9.12 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails