SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 27, 2011

hasrat baju raya tahun ini





tahun ini nak kena cari baju warna Pink sebab tema keluarga cik zira raya pertama tahun 2011 ni warnanya merah jambu. kena cari yang cantik-cantik ni sebab nak bergambar satu keluarga. chenta-chenta hati pun selalu akan meletakkan harapan kepada kakak MERAHnya ini untuk mencari baju melayu dorang setiap tahun dan tahun ini mungkin kakak MERAH ini masih akan mencari baju melayu untuk chenta-chenta hatinya. Insya Allah.






nasib baik baju tema pink, nanti BFF nikah akhir bulan september tu boleh pakai lagi sebab baju raya selalu cik zira takkan pakai balik kecuali untuk majlis tertentu jadi boleh pakai masa BFF nikah sebab tema nikah warna merah jambu, tak payah bazir beli banyak-banyak. cuba ubah gaya dan penampilan je walaupun baju yang sama,,, =)






persandingan BFF pulak warna ungu tak silap, atau hitam, em, nak kena cari jugak tu. takpe, selalu pun memang tiap-tiap tahun akan beli 2 pasang paling kurang baju baru yang cantik untuk raya. tengoklah nanti sesi shopping macam mana.






kalau ada duit lebih, nak tambah long dress barang sehelai dua, mana tahu boleh pakai-pakai jugak mix and match nanti cuti sekolah akhir tahun kan ramai orang kahwin termasuk diri sendiri,,, hehe, jadi beli long dress ok jugak kan.






itulah hasrat nak membeli baju raya tahun ini. nasib baik badan boleh dan senang nak pakai baju ready made, jadi beli yang dah siap jelah mudah dan cantik.






tapi persoalannya, bila nak shopping baju raya ni?,,, ^___*








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 25 julai 2011 9.34 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails