SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, July 25, 2011

semalam, ahad 24 julai 2011






ewah, selalu nak cerita pasal semalam bila hari bersekolah aje, ini pasal hari ahad pun nak bercerita jugak ye cik zira? em, takpelah, asalkan ada cerita daripada takde ye tak,






semalam kan, pepagi lagi dah bangun sebab ada tusyen pagi. mandi sarapan. sarapan pagi tu lempeng + ayam sambal. kemudian menunggu budak tusyen yang sampai lambat. cik zira dengan BFF plak kena tunggu anak murid, patut anak murid tunggu cikgu,, huhu






masa rehat tusyen makan cekodok atok buat. habis tusyen, rehat jap dan makan tengah hari nasi + sayur air + kerabu sayur + sotong masak lada hitam + tempe goreng. lepas makan nasi, makan kek coklat, makan je kek tuh selagi tak habis satu bekas,, hee







lepas zohor layan cerita hantu susu lakonan kelakar erra fazira, amy mastura, marsya dan zarina. pukul 3 lebih bawa atok dengan bik ani pergi giant plentong sebab bik ani nak beli kain dekat nagoya. orang punyalah ramai tapi pada cik zira, cik zira tak suka lah beli-beli kain ni, mahal, bazir jek, baik beli baju siap, senang, murah dan cantik. tunggu, nanti ada masa pergi pasar khamis. Insya Allah.






sempat beli sundae groove lime dengan McD. oklah rasa dia, masam-masam siap ada nata de' coco.






balik singgah rumah buyut borak jap kemudian balik rumah terus asar. makan lagi nasi + sardin + kerabu sayur dan minum milo ais. kena makan nasi sebab hari ni puasa seperti biasa.






begitulah serba ringkas hari ahad cik zira semalam. biasa-biasa aje dan yang penting makan tuh kena banyak sebab sabtu ahad je tak puasa boleh nak makan banyak-banyak,, hehe






hari ni? dapat gaji kan? nak kena uruskan duit dan perbelanjaan macam biasa setiap kali masuknya gaji. lepas tuh duit yang berbaki setelah bayar itu ini dan simpan itu ini kena jimat sehinggalah gaji seterusnya. dan gaji seterusnya tu pulak nak guna untuk raya. wah, sekejap je kan. lagi seminggu nak puasa, lagi sebulan lepas tuh dah nak raya,, wah, bestnya!!






sudah cik zira, jangan teruja lebih. fokus dengan kerja yang makin banyak ye. siapkan semua kerja yang ada dengan baik. Insya Allah,,, =)







p/s minggu ni minggu bertugas dan minggu ujian di sekolah cik zira. akan sibuk sibuk dan sibuk.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 24 julai 2011 9.08 p.m.

2 comments:

~azillakhalison~ said...

kerabu sayur tu urap kan..hehe sedapppnyee hehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, pandai-pandai, memang sedap makan dengan nasi panas,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails