SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, July 15, 2011

semalam, khamis 14 julai 2011





ini cerita cik zira di sekolah semalam :




  • sampai sekolah macam biasa buat kerja, siapkan lesson plan
  • pergi library baca surat khabar dulu. kesian harimau malaya kalah 0-4 dengan arsenal,,, =(
  • masuk SAC kemas SAC sebab ada meeting cikgu-cikgu english
  • meeting mula 12.35, tamat 1.15 macam tu. terus bergegas masuk 3J, tinggalkan anak-anak cik zira tuh dengan kerja, lepas tuh solat zohor. lepas zohor terus masuk 3J balik dan mengajar dorang
  • kelas 2F, 2E dan 3B selepas 3J berterusan sampailah ke 4.30. jadual hari khamis memang padat.
  • lepas tuh habis kelas, terus masuk bilik guru dan ngabiskan kerja tanda buku 4 kelas tu. hari khamis memang selalu sesi menanda buku yang banyak di dalam bilik guru. hari-hari lain biasanya akan tanda di dalam kelas terus. tapi, kalau kerja tak banyak sangat pun, selalu khamis sempat tanda dalam buku, cuma semalam kerja banyak, kena bawa ke bilik guru dan menanda.

  • habis tanda solat asar dan kemudian berbincang dengan KP Bahasa Inggeris untuk majlis pelancaran minggu bahasa inggeris isnin depan. harap-harap apa yang dirancang menjadilah. cik zira terlibat secara langsung untuk majlis perasmian tu nanti. AMIN.





perjalanan balik alhamdulillah berjalan lancar dan sampai rumah sebelum pukul 7. rehat menunggu waktu berbuka.
hari ni kat sekolah 3 kelas sahaja. rasanya kena latih anak-anak cik zira untuk isnin nanti. kelas 3B dah latih semalam. harap sangat apa cik zira rancang berjalan dengan baik dan menyeronokkan semua terutama murid-murid sesi petang SK Taman Cendana. Insya Allah.






itu sahaja cerita sekolah untuk semalam. bye korang!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 14 julai 2011 9.54 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails