semalam bersempena Minggu Bahasa Inggeris ada pertandingan spelling untuk tahun 2. cik zira harap kelas cik zira, anak-anak 2E dan 2F dapatlah bertahan. tapi itulah, terkeluar ada yang confuse terlupa nak eja, dan nak dekat akhir-akhir sebelum terkeluar tu disebabkan perkataan dorang tak belajar lagi. sayang betul lah. kesian tengok dorang terkeluar, cik zira pun kecewa. tapi, takpe dah janji nak bagi pink sticker sebab berjaya jugak, takdelah terkeluar awal-awal.
hari ni, nanti pertandingan storytelling pula untuk tahun 3. cik zira harap puteri balqis dapat buat yang terbaik dan kalau nasib dia baik, bolehlah dia menang. Insya Allah. dah latih dah. untuk Izzudin, kelas 3J, ajar dia baca yang senang je sebab kelas belakang kira macam meriahkan pertandingan memandangkan 3J dan 3K memang tak reti baca, jadi bagi teks yang mudah.
kecundang untuk pertandingan spelling anak cik zira, harap untuk storytelling, nasib dorang baik. cik zira doakan.
semalam masuk mengajar untuk kelas 2E dan 3B sahaja. 3J dan 2F ajak dorang tengok pertandingan spelling. suka dorang tengok kawan-kawan bertanding.
hari ni berakhir Minggu Bahasa Inggeris. memang sibuk sangat minggu ni dan bookmark pun laris jualannya. dah habis jual kesemuanya. Alhamdulillah.
esok anak Guru Besar kahwin, cik zira tak tahu pergi ke tak sebab takut kang tak sempat nak tusyen. tengok dulu macam mana, kalau sempat, cik zira pergilah, tapi pergi awal. jalan pun tak tahu,, huhu
teacher hazirah on thursday, 21st July 2011
tak sabar nak tengok pertandingan bercerita plak kat sekolah petang nanti,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 21 julai 2011 9.50 p.m.
2 comments:
samalh kite..arini adalah hari terakhir utk Minggu Bahasa di seklh.
wah, sama lah,, =)
Post a Comment