SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 27, 2011

Kasih Benar Kasih by Aleya Aneesa






hari khamis, cik zira dapat novel dari anak murid cik zira kelas 2F, si najaa, dia ingatkan birthday cik zira. padahal dah lepas berzaman, mac hari tu. takpelah, dah orang bagi, cik zira pun amek. dah lama sangat tak baca novel ni. ingat amek jek, ada masa baca lah. tapi, lepas jek habis 4-4 kelas petang tuh, lepas keje semua dah siap, menunggu waktu balik, semangat pulak tiba-tiba nak baca novel. dan cik zira ni jenis kalau dah baca satu novel tu memang akan tumpukan dan akan baca sampai habis tak nak tangguh-tangguh. malam tu jugak habiskan novel karangkraf itu yang mempunyai 496 muka surat.







tiap kali baca novel dan cik zira jugak suka menulis dan adalah jugak koleksi tulisan cik zira, dan setiap kali itulah akan bertanya sendirian, kenapalah lelaki-lelaki dalam novel semuanya digambarkan seperti sempurna sahaja. kacak, kukuh kewangannya, baik, romantik, aduh, bak kata bagaikan sempurnalah semuanya. adakah lelaki seperti yang digambarkan dalam novel-novel di dunia nyata ni? alangkah bestnya,,,






cik zira, cukup berangan kamu dah ada yang punya ye, sedar diri tuh,,, ;)






okeh, sedikit komen cik zira tentang novel ini. ceritanya tentang cinta Dinzley dan Annura. mereka disatukan oleh ibu bapa pada awalnya. mula-mula masing-masing macam tak suka, namun lama kelamaan perasaan suka dan sayang timbul dan membuatkan mereka tidak lagi menjadikan alasan jodoh oleh keluarga untuk menyatukan mereka ke alam perkahwinan. namun, disebabkan kekasih lama Dinzley, Syirin datang semula menagih cinta Diznley membuatkan peristiwa pahit tercalit dalam diri Annura dan membuatkan Annura berdendam kepada Diznley walaupun bukan salah dan bukan disengajakan oleh Dinzley. apabila mendapat tahu dirinya tertipu oleh syirin, dinzley kembali menunaikan janjinya mengahwini annura namun annura menerima lamaran itu kerana berdendam. setahun perkahwinan mereka, annura tidak menjadi isteri yang baik. dia mahu membalas dendam membuat dinzley merana sebagaimana malunya dia semasa dinzley mahu menangguhkan perkahwinan mereka akibat syirin si penipu. dinzley tetap bersabar dan selalu berdoa semoga isteri kesayangannya itu satu hari berubah dan boleh menerimanya sebagai suami seikhlas hati dan rumah tangga bahagia.






akhirnya?
hehe, mestilah mereka bersatu.






bestlah jalan cerita ni. tak lambat sangat. konflik dia pun best dan tak serabut sangat. cik zira tersenyum-senyum bila baca part yang dinzley selalu usik annura walaupun annura tengah marah sangat-sangat, dinzley tetap sabar sebab dia tahu sayang dia pada annura sangat kuat.






best kan bila baca novel kisah percintaan yang indah-indah ni? terbayang kalau diri sendiri berada dalam watak tu. 






dah lama tak baca novel, sekali baca memang terbawa-bawa lah dengan watak utama si dinzley dengan annura tu. tapi suka sangat dekat dinzley sebab dia sangat sabar layan kerenah annura walaupun annura layan dia dengan dingin sekali, macam bukan isteri. suka sangatlah dengan watak dinzley tu. nak suami macam dinzley boleh tak encik buah hati?,,, ^____*






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 25 ogos 2011 10.00 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails