SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, August 28, 2011

menu berbuka 27 ramadhan 1432H





salam sayang buat semuanya,






hari ni dah hari ahad lah. 28 ogos. esok Insya Allah hari akhir berpuasa dan hari selasa kita semua akan menyambut syawal mulia. maksudnya entry menu berbuka puasa pun lagi bape hari je nak melabuhkan tirainya untuk tahun 1432H ni. panjang umur ramadhan depan tetap ada entry menu berbuka puasa,,, =)






semalam berbuka puasa tambah lagi 1 keluarga. keluarga cik paris. tapi masih berbuka puasa di atas meja sebab meja makan ada 2. hari ni ramailah akan turun berpuasa di bawah makan bersama. mana yang muda-muda tu kena duduk bawah. hari ni bertambah lagi. nanti malam raya Insya Allah semua akan ada sama ramai-ramai.






baiklah, menu berbuka semalam seperti di bawah :








  • minuman : milo O panas, air kathira, air cincau
  • nasi
  • bihun singapore
  • sotong masak hitam
  • lala dan kepah rebus + kicap cili
  • roti jala + kuah kari





walaupun sedikit menunya tapi kuantitinya banyak sebab makin bertambah kan kaum keluarga. cik zira kul 10 malam pun makan lagi sebab tak tahan dugaan tengok dekat meja makan tu. selalu balik terawih memang cuba tak nak makan dah. bangun sahur je nanti minum air, tapi malam semalam memang tak boleh tahan, kenalah makan jugak pusingan ketiga. jangan tak tahu, masa berbuka pun dah dua kali pusingan tau makan,,, ;)
makan kali ketiga tau! 
oh, timun jepun itu sangat sedap, suka betul!

baiklah semua, dah semakin hampir dengan syawal ni. tak sabar kan. yang dah balik kampung mesti seronok kan sebab dah berkumpul ramai-ramai. macam-macam aktivitilah dibuat bersama.






oh, tokyam cik zira alhamdulillah dah selamat dibedah pagi semalam pukul 11 lebih. hari ni cik zira akan pergi melawat lagi. mungkin dah masuk wad semula sebab semalam masih lagi di ICU selepas pembedahan. semoga tokyam kuat dan cepat sembuh.






okeh, jumpa lagi entry cik zira petang nanti k. Assalamualaikum,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 27 ogos 2011 10.25 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails