SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 31, 2011

menu berbuka puasa 29 ramadhan 1432H





tak nak membiarkan blog MERAH kesayangan ini terbiar di syawal mulia ni, cik zira curi masa jugak update sket-sket. tapi, cik zira update dulu juadah kami di rumah ni berbuka puasa di ramadhan akhir isnin yang lepas ye.






macam tahun-tahun sudah, dari awal pagi chef-chef hebat dah bersilat dekat dapur sediakan juadah raya termasuk juadah berbuka untuk hari akhir berpuasa. cik zira tak dapat nak tolong mana sebab cik zira tunggu tokyam di ICU, Hospital Puteri. cerita tokyam nanti cik zira cerita ye. 






baiklah tanpa lengahkan masa syawal ni, cik zira tunjuk ye makanan berbuka isnin lepas :








  • tembikai, fruit salad
  • ketupat
  • serunding
  • daging masak kicap
  • sup tulang kambing
  • ayam masak opor
  • sambal goreng





sebenarnya ada lagi tapi tak amek gamba. ini je yang sempat dan memang cik zira akan serang makan nasi dulu bagi penuh lauk atas pinggan. dan sangat seronok bila berbuka ramai-ramai. tapi, bape hari jek lagi rumah ni akan sunyi balik. abah pun dah balik dah pagi tadi.
hari ni dah 2 syawal. dah mula puasa ganti 6 hari. banyak rasanya nak diceritakan pasal raya ni. tapi cik zira berhenti di sini dulu ye untuk entry di pagi 2 syawal ni. nanti jumpa lagi di entry lain k.






Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 31 ogos 2011 9.40 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails