SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 8, 2011

perjalanan hujung minggu




jumaat malam, dalam pukul 9 bergerak dari rumah ke terminal larkin. bas yang patutnya jam 9.30 tiba lewat, pukul 10.00 macam tu baru sampai. dahlah dapat bas lain, bas PLKN dengan seat yang 2-2 tuh, gila sempit untuk perjalanan jauh macam tu. dahlah banyak warga asing dalam bas tu yang betul-betul menakutkan cik zira. cik zira tapau GCB McD untuk sahur dalam bas. sebelum tido dah makan dulu. tapi fresh orange nya tumpah dalam bas, nasib baik sebelum tuh dah sedut sikit, kalau tidak, kempunanlah,, huhu






sampai di Ipoh, pukul 4 lebih. chenta hati 2 datang amek cik zira dan bik ani. sahur dulu di kedai mamak makan roti  telur. duduk rumah berehat dahulu. tengah hari pergi hospital melawat aunt zie.






semalam, dari Ipoh, naik train yang terus ke KL Sentral tu. perjalanan yang patut menngambil masa 2 jam 13 minit terpaksa menjadi lewat sejam disebabkan train ada masalah dan terpaksa ditukar di stesen kampar. sampai KL Sentral pukul 1 lebih macam gitu. terus amek putra lrt dan komuter menuju ke TBS sebab nak amek bas balik JB. 




muka selebet kami,,, ;)





bas balik JB pukul 3 petang sebab cik zira solat dahulu di TBS tu. nasib baik ada chenta hati 2, dia yang temankan cik zira sampailah nak naik bas. terima kasih yap!






bas ke JB punyalah laju, 3 jam dah sampai tol skudai. macam bawa kereta. bas tak berhenti. tu yang sampai awal. cik zira kononlah risau tak sempat berbuka dekat rumah siap tapau roti dengan twister lagi sebelum nek bas.






kira, perjalanan cik zira hujung minggu baru-baru ni agak jauh lah. JB-IPOH-KL-JB. dan hari ni bersekolah seperti biasa.






buat aunt zie, semoga aunt zie cepat baik dan jangan risau, abah dan ina sentiasa bersama denga aunt zie dan kitorang semua dari jauh selalu doakan aunt zie,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 7 ogos 2011 11.09 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails