SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 29, 2011

ramai dan meriah!





fuh, semalam memang berjalan lah cik zira. sempat jugak melawat tokyam di ICU, hospital puteri. Insya Allah mungkin hari ni dimasukkan ke wad sekiranya keadaan tokyam dah stabil. lepas tengok tokyam, berjalan dengan chenta hati 2 cari barang sket dan cari ayam. pergi tesco ayam dah habis, terus serang carrefour, nasib baik ayam baru sampai stok. memang amek sampai 8 ekor,, murah kan, amek banyak sket,,hehe






beli air gas dan air botol pun banyak. stok untuk hari ni berbuka nanti dan stok untuk raya.
hari ni operasi cik zira ialah menggosok baju raya cik zira, chenta-chenta hati, atok, bik ani dan bik moi. penatlah tangan ni gosok berapa pasang baju. tapi takpe, setahun sekali. Insya Allah, tahun depan tambah gosokkan sepasang lagi untuk encik buah hati,,, =)






tahun ni ingat cik zira dan chenta hati 2 nak belanja sepupu-sepupu tengok wayang cerita hantu bonceng tu, macam best jek. tapi mesti kena book tiket awal-awal. tahun lepas dah berkaraoke ramai-ramai dalam bilik VIP dekat Diva, tahun sebelumnya dah pergi boling, tahun ni tengok wayang baliklah.






cik zira pujuk chenta hati 2 bagi duit raya dekat budak-budak kecik sama dengan cik zira. cik zira tolong masukkan duit dalam sampul nanti. chenta hati 2 pun nak bagi jugak. budak-budak besar belanja tengok wayang,,, =)






yeayeay!! esok dah raya!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 28 ogos 2011 10.17 p.m.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails