SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, August 19, 2011

semalam, khamis 18 ogos 2011





cerita pendek-pendek jek untuk diceritakan perihal semalam, khamis 18 ogos 2011






@ pukul 12.30 sampai 1.30 ada mesyuarat AJK Perpustakaan. banyak perkara yang dibincangkan. cik zira mencatat semua perkara penting untuk disiapkan minit mesyuarat itu





@ sempat masuk 3J selama 10 minit dan nasib baik dalam masa yang singkat itu anak-anak cik zira mendengar apa yang cik zira sampaikan dan nampak gaya macam faham. satu kerja dapat disiapkan bersama dan satu kerja dijadikan kerja rumah dan harap dorang buatlah sebab hari ni nak bincang jawapannya.





@ masuk kelas 2F pun mengajar dengan pantas sebab semalamnya masuk 5 minit sahaja. jadi bincang jawapan hari rabu dan buat kerja untuk hari itu. kiranya 2 dijadikan satu. memang laju jelah ajar semalam dekat anak-anak 2F cik zira. nasib baik semak buku dorang takdelah ramai salah. 2 orang 'kena' dengan cik zira sebab pesan suruh buat kerja tak buat satu apa pun padahal dah ingatkan banyak kali. main-main je tahu. geram betul.





@ masuk kelas 2E pulak, mengajar tentang 'days' dan alhamdulillah tiada masalah sangat mengajar 2E berbanding 2F. semua kerja dapat disiapkan. mengajar pun seperti yang dirancang.





@ kelas 3B setiap khamis memang akan masuk SAC. mengajar prepositions dan dengan dorang pun tiada masalah. kerja pun dapat disiapkan. nak buat pertandingan spelling berkumpulan pun tak sempat sebab masa tidak mengizinkan.






hari khamis memang akan penat sebab kelas 7 masa tanpa henti. lepas habis kelas 3B tu baru boleh bernafas lega sekejap dan terus sambung buat kerja mana yang ada. nasib baik bulan puasa ni masa taklah panjang macam biasa, jadi takdelah penat sangat terkejar-kejar.






itulah kisah cik zira semalam. malam pulak siapkan kerja rumah pulak mana yang perlu diselesaikan seperti yang telah tertulis dalam senarai. kalau kata kena siapkan, kena buat sampai siap,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 18 ogos 2011 9.32 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails