whooaa, tembamnyee!!
gambar isnin, 15 ogos 2011
setiap hari sebenarnya cik zira sangat bersyukur dilahirkan sebagai diri sendiri dan kini menjadi seorang pendidik anak bangsa. setiap kali berada di sekolah, setiap kali itu jugaklah cik zira rasakan ketenangan dan di situlah memang terletaknya kerjaya cik zira. setiap kali berada di sekolah bersama anak-anak semua, cik zira rasa gembira sangat. tak dapat nak gambarkan betapa gembira perasaan cik zira dengan kata-kata.
ada jadi cikgu sebab terpaksa, tiada pilihan lain dan tiada pekerjaan lain. ada yang memang bercita-cita nak jadi cikgu. cik zira sendiri memang nak jadi cikgu dan memang nak jumpa dan didik anak-anak setiap hari. cik zira nak cuba ubah persepsi bosan ke sekolah, tak seronok belajar menjadi lebih positif dan cik zira nak kalau boleh anak-anak cik zira datang ke sekolah dan gembira untuk belajar.
tahun ini, cik zira mengajar bahasa inggeris untuk 4 kelas. 2 kelas tahun 2 dan 2 kelas tahun 3. lebih kurang 170 budak yang cik zira ajar dan alhamdulillah semuanya baik dengan cik zira dan mendengar kata. tiada masalah nak mengajar anak-anak cik zira semua tu. bila nampak cik zira jek bukan main seronok lagi. dan bukan itu sahaja, budak kelas yang cik zira tak ajar pun ada yang nampak cik zira senyum dan panggil, "hi, teacher hazirah." dan jumpa salam. seronok bila rasa dihargai oleh anak-anak.
walau segarang mana pun teacher hazirah ni, walau sedisplin mana pun cik zira ni, anak-anak tetap semangat nak belajar bahasa inggeris dengan cik zira. alhamdulillah.
walau dimarah, ditegur, dipukul ringan-ringan, didenda dan sebagainya, tetap dorang hormatkan cik zira dan belajar dengan baik dan buktinya dengan markah yang baik dorang dapat masa ujian dan peperiksaan.
cik zira mengajar dengan sebaiknya, cuba memberikan apa yang terbaik untuk anak-anak cik zira dan cik zira sangat berharap apa yang cik zira curahkan diingati dan digunakan sampai bila-bila. biar anak-anak cik zira minat pada bahasa inggeris sampai ke sekolah menengah dan seterusnya.
bak kata Dania dari kelas 2E, " teacher bak bintang dari langit. saya akan sentiasa menjadi peminat nombor satu teacher. tahun depan pun nak belajar dengan teacher jugak!,,"
kadang-kadang, walau semarah mana pun cik zira, tetap rasa nak ketawa melihat gelagat anak-anak cik zira ni, tapi terpaksa ditahan supaya tidak pecah tembelang. yelah, tengah marah lepas tu gelak kang, budak-budak pun bantai gelak sama.
yang pastinya, SK Taman Cendana ini yang merupakan sekolah pertama cik zira dipostingkan adalah sekolah yang baik yang cik zira dapat dan cik zira akan sentiasa memberikan yang terbaik bukan sahaja kepada sekolah tetapi juga kepada anak-anak cik zira di sekolah ini.
mesti berat sangat hati dan kaki nak melangkah pergi meninggalkan sekolah kesayangan ini bila tiba waktunya nanti,,, =(
p/s cik zira mesti rindu anak-anak cik zira aja sekarang ni sebab tahun depan tak tentu lagi aja dorang. yang tahun 3 naik sesi pagi, yang tahun 2 mesti dah campur-campur kelas lepas streaming. sedihnya,,, =(
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 15 ogos 2011 10.50 p.m.
No comments:
Post a Comment