SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti





hari ini kan sambutan Kemerdekaan ke 54 tahun sekali dengan Hari Malaysia. hari ni jugak hari bercuti kepada mereka yang bercuti termasuklah cik zira ni. namun hari bercuti tak bermaksud kena bangun lewat. bangun subuh awal seperti biasa dan buatlah kerja yang ada selesaikan baru boleh berehat.






meriah pagi tadi tengok siaran langsung di tv sambutan oleh rakyat Malaysia di dataran merdeka. walaupun tak berada di sana tapi dapat rasakan kemeriahannya dan teringat masa sertai sambutan kemerdekaan beberapa tahun yang lalu semasa awal-awal masuk maktab di Kuantan tak silap, sambutan pun meriah dan kitorang siap ada uniform baju ada bunga raya sekali, siap topi tau,,, ;)






seronok dan rasa gembira berada di bumi bertuah ini melihat semua rakyatnya bersatu padu dan hidup aman damai, semoga berkekalan selamanya untuk Malaysia yang tercinta. Amin






hari ni kan cuti, cik zira tak merayap ke mana pun, cuma kacau BFF kat rumah dia tengok persiapan dia nak kahwin lagi 2 minggu. cik zira pun turut berdebar untuk BFF tersayang. pasti akan berada di majlisnya sepanjang dua hari itu. Insya Allah.






selamat bercuti ye semua. ada 3 hari untuk berehat,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 16 september 2011 9.02 p.m.

1 comment:

abu idris said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails