yay!! hari ni dah hari kelima dan hari terakhir berkursus di PKG Permas Jaya. Yahooo!!
tengah hari kang tamatlah kursus. sekarang ni tengah tekun menimba ilmu-ilmu terakhir sebelum kursus ditamatkan. siap dapat sijil tau.
oh, bukan nak cerita pasal hari ni. nak cerita pasal kursus semalam. sesi pagi pembentangan lesson plan dan komen. kemudian teori pasal PBS tu, tak faham pun. sesi petang sesi bersama native speaker, dua orang minah salleh bercakap tentang bagaimana nak mengajar phonetics kepada anak-anak. sangat seronok sebab dorang berpengalaman luas dan ada banyak cara menarik untuk tarik pelajar belajar phonetics iaitu bunyi huruf. sistem KSSR yang baru ni tekankan tentang bunyi yang sememangnya dipelajari di negara luar dan ianya sangat membantu sekiranya kita terus praktikkan untuk mengajar anak-anak bahasa inggeris, Insya Allah.
harap-harap cik zira ingatlah apa yang cik zira dapat sepanjang kursus 5 hari ni sebab nanti nak kena in house cikgu-cikgu sekolah pulak yang mengajar tahun 2, tahun depan.
makan macam biasa. sampai pagi tuh dah sarapan. bihun goreng + nuget ikan + karipap + keria + teh panas. tengah hari plak nasi + ikan masak lemak + sayur campur goreng + acar + betik + air oren. makanan dia biasa jek.
balik rumah pun makan lagi sebab perut ni entah, asyik lapar jek. makan megi goreng ngan ratah ayam goreng. sedap jek makan sampai berketul-ketul ayam goreng tu, nasib baik yang saiz comel-comel.
okeh, hari ni lepas jumaat nanti, nak uruskan kerja penting dengan sepupu, qila. harap-harap dapatlah siapkan mana yang patut. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 6 oktober 2011 8.06 p.m.
No comments:
Post a Comment