SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 15, 2011

muka muka, kamu pakai apa?




ingin cik zira katakan, apa yang cik zira guna dan pakai sekarang banyaknya yang cik zira dah pakai lama sejak zaman sekolah-sekolah lagi. ye,betul!






baiklah, cik zira dah pernah kongsikan tapi nak cerita lagi. ceritanya begini. cik zira ni sebenarnya kalau nak tahu adalah seorang yang penjimat cermat. jadinya, produk yang cik zira guna mesti tahan lama, sampai setengah tahun dan ada yang setahun pun belum tentu habis guna,,, ;)






alhamdulillah, bulan-bulan dapat jimat bila sekali beli barang terutama yang dipakai di muka boleh pakai dan tahan lama. lagipun semua yang cik zira guna semuanya murah-murah belaka dan syukur muka pun serasi dengan apa yang cik zira guna dan amalkan.






baiklah, cik zira bahagikan penjagaan wajah cik zira kepada dua bahagian. wah, siap ada bahagian-bahagian lagi kan, kan men lagi. kalau untuk belah pagi, cik zira akan guna pencuci muka fair & lovely, toner safi balqis perfect 10 dan krim pencerah wajah fair & lovely. untuk pengetahuan semua, fair & lovely ni memang kesayangan cik zira sebab memang dari sekolah menengah dah pakai. lama kan, sebab dia memang sebatilah dengan kulit muka cik zira dan suka sangat pakai fair & lovely.


dari kiri : pencuci muka dan krim fair & lovely 
dan pencuci muka safi balqis perfect 10

toner safi balqis perfect 10

pelembap pencerah syurah - bau wangi,,, =)


krim kecantikan safi sari buah zaitun




kalau nak keluar jalan atau pergi kerja baru tambah krim kecantikan safi yang tutup dia kuning. dulu guna tutup hijau, sekarang guna yang kuning plak. yang kuning ekstrak buah zaitun. lepas krim safi baru pakai BB Cream plak. itu kalau nak keluar lah. kalau tak, yang atas tu jek, pencuci + toner + krim untuk belah pagi.





untuk belah malam plak, cik zira akan guna pencuci muka safi balqis perfect 10 + toner safi balqis perfect 10 + pelembap pencerah syurah. cik zira akan pastikan waktu malam pun akan bersihkan muka sebab biar muka segar dan bersih sebelum tido.






cik zira akan pastikan sehari cuci muka dua kali lah paling minimum. waktu mandi pagi dan waktu mandi malam. kulit cik zira pun takde masalah berat sangat kecuali bekas-bekas jerawat yang masih ada dan sedikit jerawat yang takmo hilang-hilang. cik zira bila ada je jerawat memang pantang, pantang nak picit, itu yang berbekas sana-sini.





secara ringkasnya, produk fair & lovely dan safi lah yang menjadi kesayangan cik zira dari dulu hingga sekarang. walaupun ada rakan-rakan yang dah bertukar memakai safi rania gold dan sebagainya sesuai dengan usia, tapi entah, cik zira masih memakai produk yang sama sebab masih tiada masalah memakai produk-produk tersebut.






cik zira tiada masalah jerawat serius, jadi produk yang cik zira pakai lebih kepada pencerahan sebab nak elakkan kulit terbakar dan cik zira dapat lihat kulit cik zira macam susah sikit nak terbakar bila duduk dekat bawah matahari kecuali kalau duduk lama sangat lah dan matahari memang terik. dan kulit cik zira pun bukannya jenis yang berminyak sangat-sangat, jadi produk pencerahan adalah yang terbaik untuk kulit muka cik zira,,, =)






syukur pada Allah sebab walaupun muka tidak putih gebu dan tak terhindar  sangat dari sebarang cela, namun masih ada kulit muka yang bersih dan tiada masalah jerawat yang serius. syukur,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 14 oktober 2011 9.20 p.m.

2 comments:

Cik Puan Bunga said...

Alahaiii bestnyaaaaa muka takde masalah eh? Mcm muka akak ni sekarang pores pulak besar boleh tanam jagung!

Thanks sebab share! SUKA!

Boring jek melayan permintaan entry kan? HUHUHU!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

buat masa sekarang takde masalah lah kak bunga, tapi mana tahu nanti, tapi hara-harap dapatlah kekal kulit muka cenggini,,,



u r always welcome kakak bungaku,,



eh, tak boring pun, lagi kasi idea adalah, SUKA!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails