SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, October 14, 2011

hal borang nikah selesai






syukur alhamdulillah. perkara yang paling penting sudah disiapkan semalam dengan jayanya. dah belajar sendiri macam mana nak siapkan hal borang nikah semua.






bila borang semua telah diisi dan semua dokumen telah lengkap, terus ke pejabat agama sekali lagi untuk penyerahan borang. masa itulah kita akan di soal jawab sedikit. cik zira kena mengucap, baca Al-Fatihah, niat mandi wajib dan rukun nikah. yang layan tu perempuan dan garang. takut nak pandang muka dia. tak tahu kenapa kena pekerja perempuan yang garang je kat pusat islam tu,,, huhu






lepas dah setel dekat kaunter tu dan dah selesai interview, pergi pulak kaunter lain untuk bayaran kemudian hantar semua borang tu dekat kaunter akhir, dia akan key in semua details untuk siapkan borang nikah tu. tunggu tak lama pun untuk siap. dah siap tu cik zira dah senyum lega sebab tak sia-sia amek cuti sehari semalam dan semuanya dapat disiapkan. Alhamdulillah.






kebetulan tok kadi cik zira ada dalam pejabat, terus jumpa dia dan bincang dan serahkan borang pada imam tu. nama imam yang nak nikahkan encik buah hati nanti ialah Imam Zaidi. baik orangnya, lembut berbicara. mudah-mudahan berjalan lancar semuanya. Amin.






dah selesai. perkara penting dah selesai. syukur. tinggal beberapa perkara lagi kena uruskan sebab ada lagi sikit-sikit kena beli dan siapkan. nanti nak dekat-dekat lagi cik zira kongsikan persiapan cik zira menuju disember nanti k. Insya Allah,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 13 oktober 2011 10.05 p.m.

4 comments:

Durrani Zamri said...

kak ziera dah nak kawen!!! congrats :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hehe,, disember nanti yang,, thanx, doakan tau,, =)

DeAnAiNi said...

ziera,imam zaidi tu ok..mmg bagus sgt..dia yg nikahkan along ayu dlu.. xbyk hal, n insyaAllah pengantin lelaki xgemuruh... :) gud luck tau..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah ayu, dah jumpa dia dah masa bagi borang tu, baik jek orangnya. harap2 semuanya oklah nanti,,, lelaki lah yang takut lebih,, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails