SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 22, 2011

semalam, jumaat 21 oktober 2011




wuhooo!!
semalam merupakan hari yang sibuk jugak untuk cik zira. rasanya buat kerja tak berhenti. dari pagi dah ke mydin beli barang. duk kat mydin lama sebab suka tengok barang semua murah dan best jek. tapi beli tetap ikut senarai barang nak dibeli dan macam biasa dapat berjimat. itu paling penting.






balik dah nak dekat kena bersiap-siap. kemas barang yang beli tu, kemudian makan nasi. sarapan dah makan nuget. tengah hari makan nasi + sayur campur + ikan asam pedas. lepas tu bawa bekal nuget, karipap, pisang goreng. dekat sekolah makan bekal bawa tu sikit, lepas tu beli laksa penang. tapi tak habis, semua bagi anak-anak cik zira makan. 






laksa penang yang tak berapa nak laksa penang. laksa penang sebenar kuah dia coklat, keruh penuh dengan ikan yang hancur-hancur. tu baru sedap. maklumlah, orang suka makan ni, dah makan banyak tempat, jadi tahulah mana yang sedap kan. kalau kat jb ni, terbaik memang laksa penang RM 1 dekat pasar malam kampung melayu. itu memang kuah laksa penang. kalau kat penang, terbaik dekat laksa penang janggus dekat balik pulau. itu memang sedap sangat lah. puas hati makan. tempat tu memang popular. beratur orang nak makan. cik zira ni pandai cakap jek, buat sendiri tak tahu pun. paling pandai makan,,, ;)






eh, bercerita pasal laksa penang pulaknya,, hehe






malam plak kerja memang banyak. kerja sekolahlah, kerja sendiri lah. keluar beli barang, anta bik ani gi kampung melayu. siapkan kerja jugak sebab dah nak cuti ni. 






hari ni awal pagi dah keluar gi sekolah sebab ada program dengan anak-anak kecik yang bakal menduduki tahun 1, tahun depan. tengah hari nanti baru habis dan boleh balik berkemas pulak sebab malam ni nak naik bas ke penang. yeayea!!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 oktober 2011 10.07 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails