wah, semalam bukan main semangat cik zira ke mydin dekat BBU tu. siap masa sampai mydin tak buka pun lagi tau. duduklah menunggu dalam kereta dengar riuh pagi ERA. orang pun ramai jugak tunggu depan mydin. pukul 10.10 macam tu baru dia buka.
cik zira terus naik ke atas sebab nak belikan hadiah untuk anak-anak cik zira 4 kelas tu sebab dah janji memang nak bagi. siap amek bakul troli yang comel itu dan keluarkan kertas, pen dan kalkulator untuk mengira dan bajet. biasalah, penjimat cermat katakan. amek pun ikut senarai keperluan. takmo beli yang bukan-bukan.
suka sangat tengok semuanya murah. cik zira belikan pensil, pembaris, pemadam, pengorek lepas tu beli plastik cantik nak letak semua tu dalam plastik. mula nak belikan bekas pensil tapi kang dorang mesti dah ada masing-masing. jadi, bungkus jelah dalam plastik elok-elok. dorang boleh je nak guna terus ke, nak simpan pakai tahun depan ke, itu pun kalau reti simpan,, ehe
untuk setiap kelas, sape yang kumpul pink sticker paling banyak akan dapat hadiah istimewa sikit. jadi cik zira belikan set alat tulis sin chan + pensil warna. tu semua duk rajin nak kumpul pink sticker sebab dari awla tahun cik zira guna sticker card yang ada pink sticker untuk reward dan orange sticker untuk punishment. alhamdulillah berkesan walaupun selalu jugak terlupa nak guna.
hadiah dah beli. malam semalam dah packing semua sampai tido pun lambat. tak sabar nak bagi kat anak-anak cik zira tu. harap dorang terimalah walaupun tak seberapa sebab ini je yang termampu sebab semua sekali ada 170 murid. jadi beli yang ini jelah. jamuan kelas pun nanti ada jugak. mungkin nak dekat-dekat cuti sekolah nanti. itu kena fikirkan lain pulak,,, sekejap je rasa, dah nak berpisah dengan anak-anak cik zira. sedih rasanya. yelah, tak semua yang cik zira akan ajar lagi tahun depan,,, =(
takpelah, dah ini rutin cikgu. setiap tahun jumpa pelajar lain. mengajar tetap kena sama dan paling penting kena terapkan fun learning untuk bahasa inggeris. itu yang cik zira cuba buat dan amalkan. Insya Allah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 21 oktober 2011 10.25 p.m.
No comments:
Post a Comment