kalau ada pembaca blog MERAH yang seringkali terbaca tulisan cik zira tentang bik ani dan tertanya-tanya siapalah bik ani tu kan. ha, ni cik zira nak cerita lagi. atok moyang cik zira keturunan jawa. jadi, kitorang panggil makcik kitorang semua ada panggilan bik di depan nama. macam bik ani, bik sah, bik idah, bik moi, bik hanifa. bik tu maksudnya makcik. jadi, bik ani yang selalu cik zira cerita lagi-lagi pasal makan tu, adalah makcik cik zira. kakak kepada abah.
cik zira adik beradik tinggal dengan atok dan bik ani lepas je mak meninggal. jadi, memang banyak jasa bik ani dan atok buat cik zira dan adik-adik. sehinggalah untuk ke majlis disember nanti, bik ani banyak sangat tolong cik zira. dah macam mak sendiri yang jaga anak-anaknya dengan baik.
semalam, dalam pukul 11 lebih, cik zira menghantar bik ani ke pasar larkin, bik ani nak masuk singapura sebab nak menghantar kad dekat sedara yang tinggal dekat sana. selalu memang bik ani akan naik teksi atau ada kereta yang masuk terus ke singapura hantar terus ke destinasi. dalam SD 12 ke SD 14. senang. bik ani balik pun petang, pukul 5 dah sampai rumah.
seorang wanita yang baik, berbakat, cekal dan tabah.
respect dengan bik ani.
(gamba semalam bik ani nak ambil teksi di pasar larkin ke singapura)
memang banyak jasa bik ani buat cik zira. cik zira hanya mampu berdoa semoga bik ani akan selalu dimurahkan rezeki oleh Allah. dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. bik ani dah macam mak sejak mak dah takde. dah jaga cik zira adik beradik dengan baik. tak tahu macam mana nak balas budi bik ani. bik ani memang terbaik!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 november 2011 8.03 a.m.
4 comments:
Bik Ani macam artis! Gambar dari belakang aje! ^___^
p/s : Terasa sayang dengan Bik Ani jugak..
akhirnya persoaln terjwb :) tenang pkiran..hihi
Cik Puan Bunga :
haah, saje nak bikin suspen,, ngee
bik ani baik, semua orang sayang dia,, =)
cik chinta :
kalau tak, tak tenang ye cik chinta,, nasib baik dah terangkan siapakah gerangan bik ani,, =)
Post a Comment