cik zira ni jenisnya yang suka membeli, menyimpan dan membuat koleksi.
sebab itulah, untuk majlis disember nanti, cik zira dah berhabis banyak jugaklah sebab hampir kesemuanya cik zira beli sendiri dan tidak menyewa.
cik zira jenis yang lebih rela belanja lebih sikit asalkan dapat barangnya. tak suka bayar tapi tak dapat barang. yelah, kalau sewa, memang bayar murah, tapi nanti tak dapat apa-apa pun, cuma masa hari langsung sahaja. tapi, kalau beli sendiri, keluar duit, dapat barangnya dan boleh simpan untuk kegunaan masa depan.
macam tu lah kiranya.
memang sekarang, tak dinafikan kalau pergi jek ke kedai perkahwinan, banyak sangat bekas hantaran yang cantik-cantik. geram jek tengok dan harga pun ikutlah reka bentuk dan bahannya. ada yang jenis rotan, ada yang jenis besilah, kayulah dan macam-macam lagi.
cik zira dan buah hati beli bekas hantaran masa pergi nilai jun yang lepas. beli pun jenis bakul dan kotak sebab nak guna balik nanti untuk letak apa-apa kan.
hantaran nanti, buah hati bagi 5 kotak untuk cik zira. cik zira akan balas 7 bakul.
bekas hantaran buah hati, buah hati bagi kotak silver. cik zira balas dengan bakul warna cream. simple je kan. takpe, boleh guna balik bekasnya tu, tu yang penting,,, =)
5 kotak silver
7 bakul cream
gubahan hantaran cik zira dah hantar pagi tadi. nak cerita lebih lanjut pasal hantaran, tunggu lepas majlis ye. macam mana rupanya, siapa yang gubahnya, berapa harga gubahannya. itu semua tunggu lepas selesai majlis sebab cik zira niat nak cerita lebih lanjut pasal majlis disember lepas selesai nanti. supaya dapat gambaran lebih jelas tentang persiapan cik zira menuju disember. boleh cik zira kongsikan kepada bakal pengantin nanti. lagi details, dari A sampai ke Z, cik zira akan ceritakan. dari cinonet ke gedabak, cik zira akan kongsikan. Insya Allah.
barang hantarannya apa ye? biasa sahaja, benda biasa yang orang akan bagi. semua yang buah hati bagi nanti cik zira akan guna dan jaga dengan baik. termasuk kotak bekas hantaran tu dan bakul tu pun dapat kat cik zira balik sebab dah pesan dekat buah hati, semua bekas simpan sebab boleh guna balik,, ^__^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 november 2011 8.25 a.m.
No comments:
Post a Comment