semalam hari kedua berpuasa. kalau hari pertama menu berbuka cik zira ialah nasi kerabu dan sahur dengan magi goreng. hari kedua menunya tetap nasi. yelah bila dah berpuasa ni, nak berbuka mestilah cari nasi sebab nak kembalikan tenaga.
oleh sebab semalam berpuasa hari isnin, jadinya makanan berbuka pun beli di pasar malam sahaja sebab bik ani masuk singapura menghantar kad dekat sedara di sana.
jadi, menu berbuka cik zira untuk hari kedua, semalam ialah nasi + sambal tumis petai + sayur lemak + air soya. peh, cik zira kalau dah dapat sambal petai, memang terbaiklah! habiskan kalau boleh.
jadi, semalam, semangkuk kecil sambal petai berharga RM 3 tu cik zira punya sorang. sampai licin cik zira makan. pulak tu memang dah lama tak pekena sambal petai. sayur pun cik zira licinkan jugak. memang senang ceritalah, makanan malam semua habis cik zira makan,,, =)
makan nasi dengan habiskan lauk buat cik zira kenyang sangat. berehat dulu lepas makan, kemudian solat maghrib.
malam tadi tengok cerita zahiril adzim dengan wan sharmila berlakon, cerita setitis hidayah sempena maal hijrah dekat tv3. comel zahiril berlakon dalam cerita tu. sambil tengok tv, setelkan kain basuhan semua, sahur pulak pukul 9 lebih nak dekat kul 10. makan laksa penang kampung melayu RM 1 yang sedap tu.
dan alhamdulillah, hari ni berpuasa untuk hari ketiga. bestkan bila dah ganti puasa awal ni, boleh buat puasa sunat pulak,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 29 november 2011 7.53 a.m.
No comments:
Post a Comment