Assalamualaikum.
seperti yang dah ramai tahu, majlis cik zira akan diadakan pada 11 disember nanti, pada hari ahad. tapi, pada malam sebelumnya, sabtu malam, 10 disember tu, abah, atok dengan bik ani akan adakan majlis kenduri kesyukuran untuk orang surau lelaki dan untuk keluarga terdekat. memang kebiasaannya, rumah atok ni akan ada majlis kenduri kesyukuran jika ada majlis perkahwinan pada esok harinya.
jadi, cik zira dah sediakan mangkuk bercorak sebanyak 50 biji untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. dalamnya tu nanti mungkin akan diisi kerepek. tapi kerepek tak dibeli pun lagi. kiranya nanti orang surau dan keluarga terdekat ke yang datang malam tu, akan dapat sedikit cenderahati untuk dibawa pulang.
bunga telur berwarna MERAH-putih juga akan diberikan kepada mereka yang datang pada malam itu.
cik zira setiap hari berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar.
nanti, cik zira akan ceritakan lagi sikit-sikit pasal persiapan cik zira ye. lagi 13 hari je lagi. tapi takdelah sibuk pun buat persiapan sebab takde apa pun nak buat. mungkin lagi 2-3 hari nak majlis tu dah mula sibuk. sekarang boleh rilek-rilek dulu,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 27 november 2011 8.20 a.m.
2 comments:
la cik zira, 11 hb ke majlis? cam x dapat nak pegi saje. sebab kena g kusus kawin. adoihaiiii..ruginye
haah dEar. 11/12.
ala, takpelah, leh datang 10hb ke kalau free sebab malam tu ada kenduri dulu.
kalau sempatlah ye,, =)
Post a Comment