SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 28, 2011

sudah berpuasa semula. dah lama tak puasa kan, penatnya lain macam.




Alhamdulillah, semalam cik zira dah mula berpuasa balik. kalau bukan puasa sunat, cik zira akan niatkan puasa cik zira untuk arwah mak. mana yang cik zira mampu, cik zira akan puasakan untuk arwah mak. sebab puasa ganti memang selalu dah siap ganti masa raya, jadi banyak masa yang ada untuk puasa sunat dan puasakan mak.






jadi, dah mula puasa semalam. dek kerana sejak lepas puasa ganti masa syawal tu, memang dah tak puasa lah sampai ke sudah. makan memang terlebih sudah. bila mula jek puasa balik, rasa badan penat semacam. melepek jek kat rumah. tapi petang gagahkan jugak badan pergi berjalan dengan bik ani menghantar kad rumah sedara dan pergi pasar malam.






apa lagi, menu untuk berbuka yang bermain di minda ialah nasi kerabu. peh, sedap. biasalah kalau puasa ni memang selera dan keinginan makan tinggi betul. macam boleh jek makan semua kalau boleh. jadi, belilah cik zira nasi kerabu + lauk kepak ayam. buka puasa jek, makan sampai licin. siap tambah kepak ayam goreng pulak seketul lagi lepas nasi dah habis.






masa tengok bola makan magi goreng pulak, untuk sahurlah kononnya. sahur pukul 9 lebih, bagus betul. cik zira kan susah nak sahur. kalau sahur pun minum air jek. tu yang selalu makan malam. memang dari dulu payah beno nak sahur pagi.






ok, semalam dah nasi kerabu + kepak ayam 2 ketul + magi goreng.






hari ni berbuka nak makan apa pulak ye?






esok cik zira cerita pulak ea. makan apa lah cik zira berbuka karang,,, ^___*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 28 november 2011 7.45 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails