SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 7, 2011

hadiah terawal





macam mana raya aidiladha anda semalam? mesti penat dan mengantuk sebab makan banyak kan kan? samalah, cik zira pun lebih kurang sama sebab makanan dah banyak sangat, semuanya nak dimakan, lepas tu baring sikit, mengantuk banyak,, ;)






oleh kerana hari ni masih bercuti, maka cik zira berpeluang update blog di pagi hari. entry ni nak cerita sikit pasal hadiah terawal. hadiah apa plak ye ?






oh, hadiah untuk disember nanti. satu daripada bik hanifa yang dah bagi awal masa syawal lagi. set pinggan mangkuk corningware dengan corelle. terima kasih banyak ye bik hanifa. 





lagi satu daripada mak leha, satu set Fantasia Dinner dari vantage. ada 6 pinggan sup dengan 6 pinggan makan dan satu mangkuk nasi. memang cun sebab berbunga-bunga. maklumlah set vantage. terima kash jugak buat mak leha sebab dah bagi hadiah.






walaupun berbaki 34 hari lagi, masih ada perkara yang perlu diselesaikan tapi takdelah banyak sangat sebab dalam masa sebulan ni perkara yang penting-penting sahaja lagi yang tinggal.






cik zira teringin nak berkongsi dengan semua persiapan cik zira dan senarai perkahwinan. tapi, ada ke ea yang nak baca. kang rasa syok sendiri pulak sebab blog cik zira bukannya blog bridetobe pun kan. tapi takpelah, ada masa cik zira cerita sikit-sikit ye. tapi, alhamdulilalah persiapan setakat ni cik zira boleh kata 75-80% dah siap. tinggal sikit-sikit je lagi. tolong doakan ye semua semoga majlis cik zira disember nanti berjalan dengan izin Allah seperti yang dirancang. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 7 november 2011 7.38 a.m.

2 comments:

Epa Zarifa said...

gud luck dear, buat persiapan! update jela persiapan, leh jd guide utk kite2 yg tgh wat preparation ni :)

hazirah abdul rahman said...

thank u dEar,
okeh2, apa yang kita boleh update, kt cerita kat blog ea. kita kongsikan k,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails