huh, dah lepas dah kena buat presentation setelah berakhirnya zaman power point segala semenjak habis belajar selama 6 tahun tu. rupanya dah jadi cikgu pun masih ada lagi presentation kena buat. macam kisah semalam bila in-house training dibuat melibatkan semua guru sesi petang.
rabu, 23 november 2011
dah lah kursus lima hari di PKG Permas Jaya dah lama dah, tak ingat sangat apa yang dikursuskan. jadi, buatlah power point sendiri, amek isi penting dan sampaikan jek. mula-mula rasa takut, tapi lepas tuh dah yakin dan dapat present dengan ringkas dan padat.
sebenarnya ada banyak perkara yang cik zira masih belajar. jadi, bermula tahun depan mengajar KSSR tahun 2 ni, cik zira kena banyak bertanya dengan cikgu-cikgu yang dah mengajar KSSR untuk tahun 1. yang penting, kerja cikgu makin sukar. banyak sangat nak kena buat berkaitan KSSR ni. mana failnya, mana sistemnya, mana perlaksanaannya. pendek kata, bila tiba masa sekolah, memang kerja banyak takkan habis. jadi, bila tiba masa cuti, rehatlah secukupnya sebab tahun depan makin banyak kerja menanti.
lepas habis in-house tu, dah boleh balik sebab fail kelas cik zira dah siap hari jumaat lagi. lain-lain semua dah siapkan. Buku Rekod Mengajar, Rekod Kedatangan semua cik zira dah serah. jadi, boleh balik awal. dalam kereta sebelum bergerak tinggalkan sekolah, habiskan dulu nasi goreng bik ani masak cik zira bawa bekal tak sempat makan. patut sarapan pagi, dah jadi makan tengah hari nasi goreng tu.
nasi goreng kicap mabeles!
alhamdulillah. in-house dan perbincangan berkaitan KSSR dah lepas. nak kena rajin dan usaha lebih untuk mengajar anak-anak KSSR tahun depan. harap semuanya berjalan lancar sebab KSSR ni baru masuk tahun kedua. masih banyak perkara perlu diperbaiki dan ditambahbaikkan.
dah mula cuti. kena lebih fokus. lagi 17 hari jek,,, huhu
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 23 november 2011 3.38 p.m.
No comments:
Post a Comment