SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 23, 2011

makin nak dekat, makin banyak perkara yang dipelajari dan menjadi panduan diri.





betul kata orang, bila 'berdarah manis' ni, macam-macam dugaan yang datang. lagi-lagi bila majlis makin dekat. dugaan tu, Ya Allah, Tuhan jek yang tahu perasaan dan hati ni.






ye, memang semua yang berlaku ada hikmahnya, dan setiap dugaan dan ujian Allah bagi nak tengok sekuat mana kita menghadapinya.






menjadi diri cik zira yang boleh dikatakan 90% persiapan majlis disember cik zira uruskan sendiri. ye, cik zira cuba tak nak menyusahkan sesiapa. cuba. tapi bila dah seorang diri uruskan majlis, ada je sebenarnya yang salah sana sini sikit-sikit. biasalah pengalaman pertama. memanglah kena belajar. kalau semuanya betul, takde yang salah, tak belajar lah namanya.






ini ada beberapa perkara yang cik zira belajar dan jadikan panduan diri menjelang majlis disember. mana tahu boleh dijadikan panduan buat yang 'senasib' dengan cik zira nanti :



  • memang nak adakan majlis besar ni pakai duit yang sangat banyak. kalau boleh jangan harapkan duit orang. cuba kumpul duit sendiri semampu yang boleh. buat bajet, buat senarai keperluan supaya tahu berapa duit yang nak guna. kalau ada benda yang boleh jimat, cuba berjimat.
  • kalau di pertengahan ke, ada yang nak sponsor dari segi kewangan, terima, itu dah namanya rezeki. tapi, jangan minta-minta, usaha sendiri sebab ni majlis sendiri. oleh itu, di kesempatan ini cik zira nak ucapkan jutaan terima kasih kepada abah, chenta-chenta hati dan cik asyed yang memberi sumbangan kewangan untuk majlis disember. abahlah terutamanya, terima kasih banyak-banyak. kepada atok dan bik ani dan semua yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung terutama keluarga semua, terima kasih cik zira ucapkan. hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. terima kasih sangat.
  • jangan selalu menganggap apa yang kita rancang semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. jadi, sentiasa bersedia menerima kesilapan dan kesalahan. bila ada je, jangan stress, kalau stress pun, sentiasa fikir positif dan cepat-cepat betulkan kesilapan tu. yelah, ada yang kita rancang menjadi, tapi ada yang tak menjadi dan kena tukar, jadi kena terima dan bersedia berdepan dengan situasi macam gini k.
  • selalu semak senarai yang dah buat. selalu update apa yang dah sudah, apa yang masih belum. ikut perancangan dan buat mengikut kepentingan. urusan kewangan tu amat penting.
  • jangan berharap sangat dekat wang hantaran. itu urusan orang yang nak bagi. selagi boleh, selagi mampu kumpul lah duit sendiri. ye, ini penting supaya di belakang hari nanti takdelah ungkit-mengungkit. cuba berdikari. 
  • belajar yang duit tu bukan segalanya. duit boleh dicari. jangan bertuhankan duit. kalau ada buat, takde tak payah. buat semampu diri. tak payah nak beza banding dengan orang lain ada itulah, dapat inilah. tak usah. ukur baju di badan sendiri. dah Allah kata itu jodoh kamu, terimalah dan bersedia fizikal dan mental untuk hari-hari mendatang.
  • dalam hubungan pula, makin nak dekat, makin ada je isu dan benda-benda kecik yang takde sebab pun boleh jadi masalah. jadi, yang ni kena pandai-pandai. nanti dah sah, dah kena ada tanggungjawab masing-masing. tahulah langit tu tinggi ke rendah. masa bercinta memang semua indah. tak pasti lagi keindahan tu kekal lepas berumah tangga. jadi, kalau nak terus indah, mekarkan ia. kalau tak, hambar lah ia. kena selalu memahami dan jangan ambil serius benda kecik. tak payah pendam dan luahkan jek dan wajib banyak berbincang.
  • dengan masa yang sedikit ada untuk siapkan apa yang perlu, jangan terlalu memikirkan sangat. jangan mahukan semuanya sempurna. tetapi dalam masa yang sama cuba untuk jadikan ia sempurna. perlu juga menerima ketidaksempurnaan nanti. halusi setiap perkara supaya tiada kesilapan yang tidak patut berlaku.
  • selalulah berdoa semoga semuanya berjalan lancar dan minta pada Allah semua dipermudahkan oleh-Nya. semoga dia itu akan menjadi yang terbaik dan menyenangkan kita bukan sebaliknya. doa supaya hari-hari mendatang indah, bukan menyeksakan. doa banyak-banyak hazirah, dan teruskan berdoa untuk nasib dan kebahagiaan diri sendiri. Amin Ya Allah.





entahlah, makin nak dekat makin banyak persoalan dalam kepala cik zira. makin tak percaya dah nak menuju ke alam baru. makin tak sangka diri ni dah kena bersedia pikul amanat yang lain. huh, hidup makin mencabar. tapi, selalu pesan dekat diri, walau dah berdua nanti, segala apa yang boleh dilakukan sendiri dan selagi boleh berdikari, cubalah berdikari. lagipun ada kerja dan duit sendiri. tak perlulah nak bergantung harap sangat. Allah tu bila-bila masa jek boleh tentukan perpisahan berlaku. jadi, kena sentiasa bersedia.






Ya Allah, jika benar semua ini akan berlaku padaku, pada diriku, berikanlah aku kekuatan. segala apa yang aku lalui sebelum ini semuanya mengajarku dan aku terima Ya Allah, aku terima apa sahaja ketentuan dari-Mu. jika ini jodohku, jangan biarkan aku terus menangis. berilah sinar selamanya. Amin.






p/s ini luahan dan pemikiran cik zira sempena lagi 18 hari menuju majlis disember. tolong rakan-rakan, tolong doakan yang baik-baik saja untuk cik zira ye. terima kasih banyak,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 22 november 2011 9.10 p.m.

7 comments:

Miss MiN said...

salam....
akak...kte da lme bce blog akak....best....akak simple je...kuat mkn mcm sye...hehe...
kte doakn mjls disember nti b'jln lancar..Amin....
doakn kte jgk ea....moga2 cpt bf msuk mng..hahah

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

waalaikumsalam,


hai min, terima kasih sudi baca blog kt. haah, kita sama2 kuat makan ye,, hehe


terima kasih atas doa min tu. okeh, kita pun doa bf min cepat2 masuk minang. amin,, =)

Miss MiN said...

amin....tma ksh....^_^

Cik Puan Bunga said...

All the best Zira! ^___^

Semoga semuanya baik - baik aje ye. Insyaallah!

vanilla said...

insyaAllah slmt semuanya zira ;) good luck..hehehe..lps zira, kita pulak next year *gulp* mari sama2 kita berusaha yg terbaekkk! hehehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Cik Puan Bunga :



terima kasih banyak kak bunga.
jemput datang ye,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

vanilla :



oh, tahun depan ye. selamat ye. kena prepare sikit-sikit dari sekarang.



ye, sama-sama kita berusaha tau!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails