Alhamdulillah program korban besar-besaran sekolah cik zira, SK Taman Cendana telah berjalan dengan lancar dan jayanya semalam. sangat meriah dah macam ada kenduri kahwin dah cuma pengantin jek takde,, ^___*
semangat pergi sekolah ni sampaikan pakai pun baju MERAH. nasib baik lembu tak tergoda sebab lembu pun dah tak larat nak tengok sape-sape dah sebab dah tahu nak kena sembelih. baik je semua.
seawal 7 lebih dah sekolah mula dihadiri dengan semua yang terlibat. dimulakan dengan GB, Tn Haji Musa memberikan sedikit ucapan dan kemudiannya sarapan pagi. sarapan pun GB sendiri masak dengan AJKnya, iaitu semua lauk berasaskan kambing yang dimasak malam sebelumnya. ada 6 jenis lauk semuanya dan semua sedap-sedap. cik zira pun makan jugak nasi sepinggan dengan lauk kambingnya. makan dulu sebelum nak buat kerja.
pertama kali tengok lembu disembelih secara langsung dan sangat mengujakan. sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan dalam program semalam dan mengambil masa sampai ke tengah hari untuk siap dibungkus dan diagih-agihkan.
sesi penyembelihan
lembu pertama main sembunyi-sembunyi di sebalik pokok.
dah tahu nak kena sembelih
ini pengalaman cik zira yang seronoklah. bukan sahaja dapat tengok lembu disembelih, dilapah tetapi juga pertama kali memotong daging-daging lembu yang masih panas dan segar untuk ditimbang dan dibungkus. macam kerja dekat pasar tu, memang seronok sangat dan sangat meriah.
aktiviti timbang dan bungkus + khemah memasak
lepas lembu dah disahkan tidak bernyawa, maka bermulalah acara melapah
bahagian timbang dan bungkus kumpulan cik zira
cik zira kumpulan dua dan lembu kitorang merupakan lembu yang ketiga dikorbankan jadi awal-awal dah mula dan habis cepat. pantas kan buat kerja kengkononnya. jadi, siap awal boleh rehat awal. tengok orang lain pula bekerja.
oh, tetiba ada cikgu kacak ini interframe,,, ;)
tulang-tulang dibahagi kepada 20 bahagian
secara kesimpulannya, adalah sangat seronok jika program sebegini dijalankan sebagai acara tahunan sekolah sebab ianya membawa banyak kebaikan sekaligus mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan warga penduduk Taman Cendana. kagum cik zira tengok lelaki yang muda-muda sama-sama tolong dalam aktiviti macam ni. yelah, sekurang-kurangnya dorang tahu jugak buat kerja macam ni. syabas!
tengok tu, si MERAH teruja betul,, isyh-isyh
habis tangan seluar baju sume kena darah lembu
memang gembira sangat dan puas hati. 1 bahagian yang cik zira masuk ni niat untuk arwah mak dan dah bahagi-bahagi. bawa balik rumah bahagian cik zira dan bik ani amek sikit, sikit bagi buyut dan selebihnya bagi kat mak leha.
tahniah kepada semua yang terlibat. tercapai juga hasrat GB nak adakan program korban ni,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 8 ogos 2011 11.43 p.m.
No comments:
Post a Comment