SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 16, 2011

saya sebuah beg MERAH (versi karangan sekolah rendah)





saya adalah sebuah beg MERAH
saya bersaiz besar dan berharga RM 5 sahaja.
saya dijual di kedai serbaneka yang sekarang ni banyak cawangan kedai serbaneka ini di merata tempat. sungguh kaya bos kedai saya ini. sudah maju perniagaannya.



lihatlah saya, walaupun ada gambar haiwan, tuan MERAH saya tetap beli saya. 
mungkin sebab dah tiada beg MERAH cantik yang lain. pasrah





pada suatu hari, ada seorang perempuan muda masuk ke kedai di mana saya ditempatkan. dia bertanyakan kepada tuan kedai di mana nak cari beg besar yang petak. jadi tuan kedai pun tunjukkan tempat di mana saya berada. perempuan itu pun mencari-cari. dia rupanya mahukan warna MERAH. dalam hati saya, mesti dia suka warna MERAH sebab cermin mata dan dompetnya juga berwarna MERAH. ye, itu jangkaan saya.






saya pun lantas diambilnya dan dibayarnya.






sampai di rumah, saya dibuka dan diteliti oleh tuan saya itu. saya panggil dia tuan MERAH. ye, tepat jangkaan saya sebab bila saya masuk ke dalam bilik tuan saya, hampir kebanyakkan barang dalam bilik itu adalah MERAH. termasuk saya yang baru join the club.






esoknya saya sudah berjasa dengan tuan MERAH saya sebab dia sudah pun mengisi barang-barang ke dalam saya. oleh kerana saiz saya yang besar, maka bermacam barang boleh dipenuhkan. saya juga sudah sempat berjalan ke Penang dan ke Perak. sungguh gembira hati saya sebab dapat ikut tuan MERAH saya berjalan sampai ke sana dan sempat jugak bertemu dengan buah hati tuan MERAH saya.






saya sangat gembira kerana sampai sekarang saya masih disimpan rapi oleh tuan MERAH saya sebab saya tahu tuan MERAH saya seorang yang cermat dan semua barang miliknya disimpan elok-elok.






jadi, takdelah penutup cerita saya ini saya dibuang ke dalam tong sampah dan sebagainya sebab saya masih 'bernyawa'. saya sungguh bertuah dimiliki oleh tuan seperti tuan MERAH saya.






p/s uih, dah lama tak tulis karangan ni. rasanya hampir 20 tahun lah kan. korang ingat kan pernah buat karangan macam ni. seronok kan. saja gatal buat entry sebegini rupa untuk malam ni. jangan marah ha,,, ;)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 16 november 2011 9.05 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails