SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH Harimau Muda!!




ha, kan dah berbaloi sakit dada jerit-jerit tengok bola semalam. punyalah susah kan nak dapat emas tuh. bertungkus lumus pemain muda malaysia berjuang untuk mendapatkan kemenangan sekaligus mempertahankan kejuaraan 2 tahun lepas.





walaupun pasukan lawan mendahului pada awal masa, minit kelima, namun konsentrasi pemain kita dan ketenangan, semangat juang dan fokus membolehkan pasukan malaysia menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.






separuh masa kedua lagi cemas dengan serangan demi serangan dan gol yang tidak sah akibat off side. dan berakhir separuh masa kedua dengan mash 1-1. tambahan masa 30 minit jugak tiada jaringan gol dan membawa kepada sepakan penalti untuk menentukan kejuaraan.






alhamdulillah, dengan aksi yang sangat mendebarkan, akhirnya, setelah lama menunggu, Pasukan Malaysia Menang!! menang dengan sepakan penalti 4-3.






Tahniah Harimau Muda Malaysia!!
korang memang best. kami rakyat Malaysia sememangnya berbangga. walaupun berdepan dengan 100 ribu lautan merah putih di stadium lawan, korang tetap memberikan saingan yang terbaik dan membawa pulang kejuaraan yang memang diharapkan oleh kami rakyat malaysia.
SYABAS!!




ini apa yang cik zira nampak masa perlawanan bola malam tadi :


  • fakri memang tak menjadi langsung depan pintu gol. cik zira kira ada 4 peluang terbaik fakri untuk menjaringkan gol tapi dia macam takde nasiblah nak menjaringkan gol semalam. sampaikan sepakan penalti pun dia tak lepas. alahai fakri
  • si bonai tu cik zira perhatikan, sape yang perasan pun kan, setiap kali pasukan garuda dapat sepakan percuma dekat gol ke, sepakan penjuru ke, si bunai mesti pergi dekat gol, pegang jaring gol dengan tiang gol. setiap kali kecuali penalti dah memang dia tak boleh ke gol. jampilah agaknye,,, ngee
  • khairul fahmi memang terbaik. dia tetap penjaga gol terbaik malaysia. bertungkus lumus. syabas fahmi
  • muslim pun banyak menyelamatkan gawang malaysia. dan semua pertahanan lain yang telah berjuang habis-habisan untuk tidak membenarkan pasukan lawan membolosi gol.


 


apa pun, cik zira dah makin sayang dengan harimau muda malaysia ni. rehat pulak k. esok nak lawan syria plak untuk kelayakan olimpik yang lagi penting. mari sama-sama kita sokong lagi dan bakar semangat pasukan harimau muda ini.






p/s gambar semua kredit kepada encik google.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 22 november 2011 8.28 p.m.

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails