terlebih dahulu nak bagi tahu cik zira tak sempat nak amek gambar suasana di dewan utama di TS Hotel, pasir gudang semalam. memang takde gambar, tapi takpelah, cik zira cuba bercerita jugak ye tentang majlis semalam secara ringkas, Insya Allah.
awal pagi semalam
- cik zira bangun pukul 6 pagi, solat bersiap semua.
- keluar rumah pukul 7 pagi, sampai 7.25 pagi.
- mesyuarat akhir tahun dijalankan serba ringkas dan padat oleh semua barisan pentadbir
- minum pagi pada pukul 10.30 pagi. makan bihun goreng + sosej + sandwich + popiah goreng + teh O
- jamuan akhir bermula jam 11 pagi dengan cik zira mengambil tempat sebagai pengacara majlis. kali ni teks cik zira buat serba ringkas tak macam tahun lepas. mudah dan cepat.
- ucapan dan penyampaian hadiah termasuk cik zira pun dapat hadiah jugak. pasal hadiah cerita entry lain k.
- jamuan makan pukul 12.30 macam tu. makan buffet jugak. nasi + ayam goreng + ikan goreng tepung bersos + udang + sotong goreng tepung + sayur + buah-buahan + air oren
- penuh pinggan cik zira makan. tapi habis. penuh macam mana pun cik zira akan pastikan habis makan.
- balik pukul 1 lebih. penat dan kekenyangan.
makan tengah hari
tengah hari semalam
secara keseluruhan, alhamdulillah. majlis berjalan lancar serba sederhana tapi tercapai matlamat. esok pula kena bertugas di sekolah. hari ni kena baca balik bahan masa kursus lepas sebab cik zira kena sampaikan maklumat untuk subjek bahasa inggeris, KSSR. ada in-house training esok. aduhai. dah lama tak buat presentation ni. harap semuanya okay. Insya Allah.
ini sahaja untuk update hari selasa ni. johor bercuti hari ni sebab hari keputeraan sultan johor. esok kerja balik. baiklah semua. jumpa lagi entry malam nanti,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 november 2011 8.15 p.m.
No comments:
Post a Comment