SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 19, 2012

Baju kerja.




menjadi seorang cikgu merupakan salah satu pekerjaan yang memerlukan si cikgu-cikgunya mempunyai bekalan baju kurung dan tudung yang sangat banyak. bukan banyak sahaja ye, SANGAT banyak!






mana taknya, bila dah banyak pun selalu termenung dulu depan almari nak pakai baju apa ye esok. lepas tu seringkali cakap, isyh, dah takde baju lah. tudung pulak takde nak pakai dengan baju yang ini dan yang itu. lepas tuh, mulalah suami nanti perli, " aik, dah penuh almari tu, bukan 1 almari, sampai 2 almari pun dah penuh awak boleh cakap takde baju nak pakai. pelik-pelik."






ha, betul kan? ada antara cikgu-cikgu yang mengalami masalah macam ni. betul tak? dan ada yang setiap bulan akan sediakan duit untuk beli kain dan tempah baju dan ada yang jenis suka membeli yang dah siap je. setiap bulan gaji, akan pastikan beli 3-4 pasang baju terus. maknanya, setiap bulan, ada je baju baru untuk bawa pergi kerja.






okeh, itu orang lain. entry ni cik zira nak bercerita pasal cik zira sendiri. cik zira nak bercerita sekaligus menjawab pertanyaan kakak bunga yang sering memberikan idea kepada cik zira untuk menghasilkan entry ini. terima kasih kakak bunga ye. ini soalan kakak bunga ajukan :


Assalamualaikum ^____^

Cik Zira, kongsikanlah cara - cara cik zira eh puan zira pilih baju untuk dibawa ke sekolah. Anddddd berapa banyak baju kurung yang cik zira ada, berapa tahun sekali tukar rotation baju? Share! Share! ^___^






jadi, cik zira akan jawab satu persatu.
soalan 1 : 
cara-cara pilih baju untuk dibawa ke sekolah.



yang ini senang je. sebab cik zira punya cara memang memudahkan cik zira. semua baju kerja cik zira, cik zira akan lipat dan susun tinggi-tinggi dalam almari. cik zira tak sangkut pakai hanger sebab nanti sangkut almari tu runtuh tak daya nak tampung berat baju yang ada. jadi cara mudah lipat sahaja. bila nak pilih baju untuk minggu seterusnya nak iron, cik zira akan amek yang bawah-bawah sekali sebab yang atas-atas tu baju yang baru pakai minggu sudah. kira senang, cik zira tahu mana yang baru sudah pakai, mana yang dah lama tak pakai. kiranya yang bawah-bawah tu dah lama tak pakai. boleh rotate pakai semula. cik zira akan keluarkan 5 pasang baju dulu, susun ikut isnin sampai jumaat. khamis kenalah tema batik. dah pilih ikut hari, barulah pilih tudung yang sesuai. selalu memang bantai syria je sebab senang nak solat zohor dan asar.






itu cara cik zira pilih baju untuk bawa gi sekolah.






soalan 2 : 
berapa banyak baju kurung yang cik zira ada?






sebelum nak buat entry ini, kira semua baju kurung yang ada. tak nak main cakap je. baju yang cik zira ada dalam 50-60 pasang. jadi, kalau seminggu pakai 5 pasang, lebih kurang 2-3 bulan sekali lah cik zira akan pakai baju yang sama balik. takdelah nampak sepasang baju tu akan pakai banyak-banyak kali. cik zira bukan jenis setiap bulan ada baju baru. tidak sama sekali. baju baru cik zira hanyalah baju raya. itu pun baju raya yang 1 syawal selalunya tak pakai pergi kerja, akan pakai kalau ada majlis tertentu sebab baju raya 1 syawal cik zira selalu pilih yang cantik-cantik vogue gitu,, hehe. jadi, baju nak bertambah banyak tu tidak. setahun boleh kira je berapa pasang baju baru. nak beli pun akan berfikir dahulu sebab baju yang ada masih banyak dan masih elok. kebanyakkan baju cik zira tu semua baju masa belajar dekat maktab dengan UUM dulu-dulu masa 6 tahun tu belajar. masa tu rajin sikit buat dan beli baju. pakai je yang dulu-dulu. campur dengan ada yang bik moi bagi dia dah tak nak pakai, cik zira kumpulkan dan buat baju untuk kerja. bila rasa ada sangat baju yang dah tak boleh nak dipakai, barulah asingkan elok-elok dan bagi dekat orang. setakat ni semua masih elok dan boleh dipakai lagi. alhamdulillah. suami pun takdelah bising cik zira asyik beli baju. memang baju kurung jarang nak bertambah koleksi. tapi, kalau baju jalan tu, cepat aje ada yang baru. tak patut - tak patut.






soalan 3 : 
berapa tahun sekali tukar rotation baju?






yang ni macam dah terjawab dekat atas tu pulak kan. macam cik zira bagi tahu tadi, cik zira memang akan guna semua baju yang ada sebab semua masih elok. nak bagi orang sayang. jadi pakailah. kira nak tukar rotation baju setiap awal tahun semua baju baru tu tak lah. cik zira akan guna semua baju yang ada selagi masih boleh diguna. kalau boleh tahan sampai 5-6-10 tahun pun cik zira akan guna. cuma pandai-pandailah, padankan dengan tudung yang lain. takdelah nampak sama je, kalau baju tu kena pakai tudung tu jugak. taklah, pelbagaikan dengan padanan tudung berlainan.






rasanya dah terjawab 3 soalan yang diajukan. tapi, cik zira rasa lepas ni memang kena kurangkan beli baju jalan lah. kena asingkan duit sikit beli baju kerja yang baru. takpun, terus pergi pasar khamis kat tiram tu beli baju sekodi terus buat baju kerja. dapat murah sikit sepasang. bijak tak cara begini? jimat sikit duit. pilihlah nak baju corak apa ke, warna apa ke, lagi jimat dari beli sepasang-sepasang. okeh baik, kena simpan duit nak beli baju baru,,, ^___^






p/s kakak bunga, ok tak jawapan kita?






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 18 januari 2012 9.23 a.m.

4 comments:

attyfir said...

suka cara cikzira tu, lipat lepas tu pilih yg belah bawah sekali..gud idea

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hehe, idea yang memudahkan tuan badan sendiri, tak payah susah-susah nak pilih,, ;)

Cik Puan Bunga said...

Haaaa betul2 boleh tiru cara melipat tuh! Huhuhuhuhuhu!

Wah 50-60 pasang! banyak!


Thanks for the tips! ^____^

PUAS HATI!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hehe, ini sahaja yang dapat dikongsikan kakak bunga.



thanx jugak bagi idea kasi buat entry ni,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails