SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 10, 2012

semalam : isnin, 09012012





Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya






semalam dah bermula minggu kedua bekerja. bermula dengan hari isnin sebab minggu lepas mula dengan hari rabu. bertolak dari rumah awal jugak. jadi bila sampai sekolah awal, boleh siapkan lesson plan untuk besoknya. dah boleh rancang nak mengajar apa. itu memang rutin cik zira dari tahun lepas. lesson plan tu penting, memang kena selalu siapkan,,, =)


09012012



kelas semalam alhamdulillah berjalan lancar walaupun setiap kali nak masuk kelas 2H tu akan risau jugak boleh ke tidak dorang belajar ni. tapi, alhamdulillah, semalam ok. dapat buat kerja dengan baik. bila jadi macam tu, perasaan seronok pun ada.






dapat makan pukul 2 lebih. sambil berborak dengan kak liza, sambil habiskan makanan sampai licin. semalam bawa nasi + asam pedas + ikan masin + telur dadar + sayur masak kicap. lepas tu kekenyangan. berehat dulu. kelas petang tu pukul 4 sampailah 6.30.






banyak kelas tahun ni kena pandai adjustkan masa sendiri sebab masa untuk solat takde, kelas penuh. jadi, cik zira kena pandai-pandai curi masa untuk solat. kena cuba dari awal ni supaya budak kelas yang cik zira tinggal tu lama-lama nanti faham teacher dia keluar kejap untuk solat. jadi, dorang tak akan bising. harapnya, begitulah.






perjalanan balik semalam pun alhamdulillah. lancar walaupun hari isnin yang selalunya agak sibuk. sampai rumah sebelum maghrib.






hari ni jadual penuh sangat. 8 masa. pertama kali mengajar untuk hari selasa yang penuh. harap-harapnya oklah ye. Insya Allah.






eh, entry petang nanti cik zira cerita pasal Katering masa majlis 11 disember cik zira ye. baca tau nanti!







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 10 disember 2012 9.25 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails