SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 10, 2012

M & Y Catering.




untuk di majlis sebelah lelaki di Penang pada 18 disember lalu, keluarga belah suamiku mengambil khidmat Ishah Katering sepenuhnya dalam penyediaan tempat makan dan makanan juga minuman dan semuanyalah pendek kata. servis, khidmat dan makan semuanya sedap dan bagus,,, cik zira dah ceritakan di ENTRY INI.






dan untuk di sebelah JB, majlis 11 disember dan kenduri malam sebelumnya, 10 disember, keluarga cik zira menggunakan khidmat katering Hajjah Mariam, atau M&Y Catering. dah tempah hajjah mariam ni awal-awal. tak silap bulan 1 dah jumpa, konpemkan bulan 3. dia kena konpem awal-awal sebab katering dia sentiasa penuh untuk orang kahwin. rumah hajjah mariam di desa jaya.






lagipun hajjah mariam dah kenal bik ani dan atok. dulu pun dia selalu amek kuih dengan bik ani. masa bik idah kahwin pun, guna katering hajjah mariam jugak. tapi tu beberapa tahun lepas, harga masih murah,,, =)


 nah, itulah dia hajjah mariam, orang kuat M&Y Catering

krew M&Y Catering semua MERAH. suka sangat!




untuk katering ni, harganya RM 12 sekepala. malam ada kenduri tu, hajjah sediakan nasi putih dan lauk-pauk pelbagai jenis. rasanya hampir 5 jenis lauk hajjah bagi untuk malam tu. ada daging, kambing, ayam, sayur, ikan tak silap. untuk malam hidangan 150 orang. kuih pun ada beserta air panas.






untuk kenduri majlis 11 disember tu, menunya ialah nasi jagung + daging masak blackpepper + ayam masak merah + dalca + acar + kambing masak kari. itu menu utama.






ada kuih-muih yang pelbagai jenis. dekat 7-8 jenis kot kuih yang ada. macam-macam ada, pilih sahajalah. menu tambahan ialah laksa penang. bubur pulut hitam pun ada juga.






minuman pulak, ada minuman sejuk dan juga panas. minuman sejuk pula pelbagai jenis. pilih jelah nak mana satu dan minum je,,, =)







untuk makan damai di meja utama dan meja keluarga lelaki, semuanya hajjah mariam juga sediakan. tinggal makan jelah. macam-macam menu ada. ayamlah, udang, daging, sayur, semuanya ada dan sedap!






ramai puji masakan hajjah mariam, M&Y Catering ni. alhamdulillah. untuk katering sahaja, RM 12 000 untuk malam kenduri dan majlis kenduri, 2 kali makan. terima kasih kepada abah sebab sponsored dan cik zira tambah sikit. terima kasih banyak ye abah.






diharap semua yang datang majlis cik zira tempoh hari berpuas hati dengan makanan dan dapat makan betul-betul,,, =)






M&Y Catering ni memang bagus servis dan makanannya. dari segi penyediaan pun bagus. cuma pekerja-pekerjanya terlebih riang dan agak kecoh jugaklah masa kenduri tu. itu je kekurangannya. yang lain semuanya ok. sangat puas hati!






oh, nak ucap terima kasih jugak kat bik ani sebab tolong cik zira tempahkan hajjah mariam ni dan deal dengan hajjah. terima kash bik aniku sayang!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 9 januari 2012 8.38 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails