SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 2, 2012

alahai kulitku...





cik zira memang dilahirkan Allah untuk mempunyai kulit yang sangat sensitif. sejak dulu lagi cik zira perasan yang kulit cik zira ni memang senang sangat nak sakit. alahan memang teruk. kena gigit binatang walau nyamuk sekalipun, kulit akan jadi teruk.






dan sekarang, dah seminggu lebih cik zira menahan sakit kulit disebabkan kuman dan alahan. dah pergi jumpa doktor pakar kulit. dah dapatkan ubat. dia kata memang kulit cik zira terkena alahan dan ada kuman yang membuatkan naik ruam dan biji merah-merah dekat badan dan kaki.






dan sedihnya, doktor tu kata lagi, nak baik dan dapat kulit biasa balik amek masa yang lama. paling cepat dua bulan. dan boleh sampai enam bulan. sedihnya,,, =(






kalau tengok kulit sendiri sekarang, sedih sangat. memang sangat teruk. nasib baik kat badan dan kaki jek. muka tangan setakat ni alhamdulillah. kalau tak, mesti orang takut nak dekat. gatalnya tak payah cakaplah kan. Tuhan je yang tahu sakit ni.






cik zira berdoa sangat minta Allah sembuhkan cepat sakit yang satu ni. tak tahan rasanya. ubat yang ada cik zira guna, usaha nak bagi baik. kalau boleh, dapatlah sembuh secepat mungkin.






tahu, orang kata, Allah bagi sakit ni nak uji hamba-Nya. cik zira terima. tapi, kalau boleh, biarlah sembuh cepat. Amin.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 1 februari 2012 9.53 p.m.

6 comments:

SyASyA SaNi said...

Sabar eh Ziera.

Kalo tak silap ade membe mandi air Bio Aura bg ilangkan kulit sensitif.

Manela tau kalo mandi air tapis atau mineral bole kurgkan sakit sentitif tu :)

Cik Puan Bunga said...

Akak doakan zira cepat sembuh ye. InsyaALLAH.

ratna said...

Insya allah ok tu nnt zira tp dlm masa yg sama minum air banyak...amik vitamin c..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

SyASyA SaNi :


itulah, memang amek masa nak baik.


thanx sya. makin cantik awak,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Cik Puan Bunga :



terima kasih kak bunga. Amin.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ratna :


haah, kena banyak minum air. tapi, amek masa nak baik. terima kasih tau,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails