SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 12, 2012

berkelah di sungai sedim.




pada 7 haribulan yang lepas, hari terakhir cuti 4 hari cik zira di Penang, cik zira dan keluarga suamiku berkelah di sungai sedim. ini kira kali keempat rasanya cik zira ke sedim tu tapi merupakan kali pertama berkelah bersama keluarga.






masa pergi tu cik zira tak berapa sihat sangat sebab semalamnya demam panas. baru nak baik. jadi, makanan semua adik ipar cik zira, hanim yang masak dibantu kak iparnya, siti. macam-macam makanan ada, ada bihun goreng, nasi lemak, ayam goreng, sambal sotong, sambal udang.






cik zira makan dan tengok orang mandi. biasalah, cik zira bukan suka mandi-mandi ni. jadi, kalau datang tempat macam tu, memang tengok orang mandi jelah. memang dari dulu macam tu.






kitorang bergerak dari penang ke sedim pukul 3 lebih. sampai sana, terus makan mandi. dan pulang semula ke penang pukul 5.30 petang. perjalanan kurang sejam dari rumah. kejap jelah pergi. berendam lama dalam air pun tak elok.






kiranya sempatlah cik zira berkelah petang tu dan malamnya balik JB. seronok sebenarnya berkelah ni kan. lagi-lagi dengan keluarga,,, =)








~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 12 februari 2012 8.50 a.m.

2 comments:

adarnadzmie said...

akak baru sekali ke sg sedim tu... 3 tahun lepas kot...hehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hehe, pergilah lagi berkelah dan mandi manda ke sedim,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails