SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 13, 2012

semalam : ahad, 12022012





Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. hari ni masuklah minggu baru dan minggu keenam persekolahan. sehari jelah cuti sebab sabtu pun kena pergi sekolah.






semua mesti perasan yang tarikh semalam iaitu 12.02.2012 merupakan satu tarikh yang cantik dan menyebabkan ramai juga mengambil tarikh semalam untuk berkahwin dan disatukan.






tapi, apa cik zira buat semalam ye?
cik zira duduk rumah jek. merehatkan badan. pagi mengadap laptop. pukul 11 lebih pergi giant membeli barang. orang punyalah ramai sampai 5 kali pusing baru dapat parking. masa nak bayar dekat kaunter lagilah, lama betul tunggu. ramai sangat orang dekat giant semalam. pukul 1.15 baru sampai rumah. padahal dekat je, tak sampai 5 minit tapi jadi berjam-jam beli barang,,, huhu






selain belikan barang atok dan bik ani, cik zira belikan barang untuk diri sendiri. beli apa? coolblog cendol dengan takoyaki, sebab teringin. coolblog cendol with pearl harga dia RM 3.40. takoyaki sekotak dalam dia ada 4 biji harganya RM 3.50. kemudian tu beli kepak ayam goreng RM 1.70 dengan bebola 5 cucuk RM 3.70 dekat dalam giant tu. itu semua makanan tengah hari cik zira.







di sebelah malamnya. maghrib tu, cik zira makan bubur dengan lauk lobak masin + sayur kailan + ikan masin + kicap. sesekali makan bubur ok jugak kan walaupun tak sakit. bertambah bila ada kicap, lagi enak!






lupa plak, sarapan cik zira nasi lemak pagi semalam. 






amboi, pagi-pagi memang harus buat entry pasal makan. nak naikkan semangat diri sendiri dan diri anda semua supaya bertenaga dan mencari makanan sedap untuk dimakan pada hari.






okeh, ini sahaja untuk entry ini. terima kasih sudi membaca,,, ^____^






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 12 februari 2012 8.40 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails