SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 23, 2012

Dunia Seni Visual : Rumah Idamanku





kalau minggu lepas seni kelas 1A tu cik zira mengajar lukis wau, minggu ni pulak cik zira mengajar lukis Rumah Idamanku. sebelum lukis tanya dulu dorang faham tak dengan maksud rumah idamanku tu. semua jawab dengan yakin, " faham."






lepas tanya apa dia, terus semua diam. yelah tu faham sangat. cik zira pun terangkanlah. 
" awak kecik lagi, baru umur 7 tahun. mana boleh ada rumah kan? sekarang awak duduk tu rumah mak ayah awak. awak mana ada duit lagi nak beli rumah. nanti, bila awak dah besar, dah kerja bagus-bagus, dah ada banyak duit, dah kaya, bolehlah beli rumah cantik-cantik yang awak nak. ha, rumah tu lah nanti kita panggil rumah idamanku. sekarang, faham tak?"






" oh, macam tu ea teacher?."






aduhai, kenapalah anak-anak Tahun 1 ni comel-comel. nak gelak pun ada. nak ngaja dorang ni kena terang satu-satu bagi dorang faham. kalau tak, dorang memang tak akan faham. yelah, baru masuk sekolah kan.






lepas tu, yang cik zira belajar jugak, dengan budak-budak ni, kita jangan layan dia bercakap, kalau tak, tak dapat mengajar lah nanti. semua nak bercerita itu ini. jadi, bila dorang buka mulut, marah je suruh diam. bagi dorang cakap bila dorang perlu cakap je. kalau layan, nanti lagi mengada-ngada yang suka sangat bercakap tu.


comot betul kan cik zira lukis? hehe




Rumah Idamanku tu cik zira tak ajar lukis lukis gambar bangunan rumah yang biasa tu. cik zira ajar dorang lukis isi dalam rumah tu. objek dalam rumah bagi dorang tahu dalam rumah ada ruang tamu, dapur, ruang makan, bilik air, bilik tidur. jadi, kena kreatif lah sikit masa nak lukis tu. cik zira akan lukis dekat papan hitam dekat depan, dorang akan ikut satu per satu supaya samalah semua. senang nak tanda,,, ;)






minggu depan apa plak ye. lebih suka mengajar English dari ajar seni. seni susah sebab tak pandai lukis dan memang bukan berseni pun. kalau mengajar bahasa inggeris tu dah suka. dah biasa. muzik lagilah. main ajar je lagu-lagu yang senang. belum masa nak key in markah band 1 dan band 2 ni. aduhai KSSR. memang buat cikgu semua pening kepala,,, huhu







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 22 februari 2012 9.21 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails