SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, February 22, 2012

jemput-jemput nasi.






korang pernah dengar tak makanan nama jemput-jemput? kalau belah JB ni memang panggil jemput-jemput. ada tempat lain panggil cekodok. jemput-jemput mesti ramai pernah dengar. jemput-jemput ikan bilis ke kentang ke pun dah biasa kan.






jemput-jemput nasi pernah dengar tak? mesti tak ramai yang tahu. cik zira pernah dengar sekali je sebelum ni, tapi baru-baru ni dapat makan dan dapat rasa macam mana jemput-jemput nasi tu sebenarnya.






bik ani, makcik cik zira yang pandai masak tu lah yang buatkan untuk sarapan. cik zira mula-mula ingat apelah bila buka tudung saji. tapi jenis pemakan, jadi semua nak cuba. cicah dengan sos cili. memang sedap! rasa macam sushi pun ada.






ni macam mana cara nak buat jemput-jemput nasi :


  1. kalau ada nasi yang lebih semalam yang selalu buat nasi goreng, amek nasi tu lepas tu gorengkan dengan bawang merah dan telur. goreng putih sahaja. bagi nak ada rasa, takdelah rasa nasi semata.
  2. dah siap digoreng, sejukkan. kemudian kepalkan nasi tu ikut bentuk dan saiz yang disukai. bik ani buat bentuk bujur kecik comel je.
  3. kemudian, dah dibentuk, celup dengan telur.
  4. sesudah dicelup dengan telur, celupkan dengan serbuk roti atau nama mat sallehnya bread crumb. ni boleh cari kat kedai jual barang kek. supermarket pun ada. 
  5. dah selesai tu, goreng dengan minyak. dah agak garing tu, angkat dan toskan minyak
  6. boleh dihidang sebagai sarapan atau minum petang sambil dicicah dengan sos cili. memang terbaiklah!





cik zira sangat suka walaupun pertama kali rasa dan makan jemput-jemput nasi ni. orang suka sushi lagilah suka. siap bawa gi sekolah bagi akak-akak rasa. dorang pun cakap sedap.





nak rasa macam mana? korang cuba buat. senang je. mesti sedap!! cuba tau!!






~sekian~



 k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 20 februari 2012 11.10 p.m.

6 comments:

adarnadzmie said...

menariknya cucur nasi ni... anak2 tentu suka mcm nugget la pulak...:)

cik chinta said...

slalu btul dgar nama bik ani. teringin nak jupe la klo balik jb nti. hikhik. kot2 bole belajar masak2 dengn dia kn? byk btul mende2 tradisional dia pandai masak. teruja btul lah.

hazirah abdul rahman said...

adarnadzmie :


haah, memang menarik. best pun best. cubalah kak, anak akak mesti suka. cicah dengan sos.

hazirah abdul rahman said...

cik chinta :


eh, betul chinta. memang bik ani pandai masak sangat. mehlah datang uma kalau balik JB. bik ani lagi suka orang nak blaja masak dengan dia,, =)

~azillakhalison~ said...

xpernah try ni..nnti nak try la buat...xpon beli ngan bik ani cik zira je hihi

hazirah abdul rahman said...

try jek. kt cakap pandai, buat tak cuba pun lagi. bik ani dah ada,, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails