SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, February 14, 2012

semalam : isnin, 13022012





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semuanya..






memulakan minggu keenam persekolahan semalam dengan boleh dikatakan agak baik jugak. cuma ada sedikit isu yang membuatkan cik zira geram selepas taklimat AJK Majlis Perpisahan rabu malam, iaitu untuk majlis malam esok. harap sesiapa yang berkenaan tu, rujukilah orang yang betul, bukan mendengar dari orang yang takde kena mengena langsung.






kelas 4 masa sahaja, kelas 3D sempat mengajar walaupun dan hilang setengah jam. tapi sempat ajar dan berikan kerja. kelas 2A pun berjalan dengan baik. alhamdulillah.





bekal semalam pulak ialah nasi + ikan masin + ikan bilis kentang goreng sambal + sayur kacang panjang + sotong goreng tepung. banyak kan lauk? meriah kan kan. kalau dekat kedai mahunya dan mahal macam tu. tapi disebabkan bik ani yang masak, jadi, hari-harilah bawa bekal pergi sekolah lauk sedap-sedap,,, terima kasih wahai makcik cik zira yang sorang itu,,, cukup makan betul anak sedara dia yang MERAH ini,,=)






perjalanan pulang pun alhamdulillah lancar. oh, hari ni pagi kalau sempat nak pergi ke pejabat agama kat bandar tu sebab nak amek sijil nikah dan nak buat kad nikah yang macam IC tu. semua dokumen dah ada. jadi, alang-alang pergi amek tu, baik setelkan sekali untuk kad. senang nak simpan dalam walet dan bawa ke mana-mana. harap sempatlah siapkan perkara itu.






sampai di sini. Jaga diri ye semuanya.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 13 februari 2012 9.20 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails