sejak jadi bendahari PENDITA 2012, kelab guru dekat sekolah cik zira ni, rasa takut sangat sebab kena pegang duit banyak. hari-hari berurusan dengan duit tidak kiralah dari sekecil duit syiling tu sampailah ke besar duit kertas. kerja sampingan yang wajib setiap hari kat sekolah dan balik rumah ialah menyimpan, mengasing dan mengira duit yang keluar masuk. siap ada buku kecik untuk catat segala apa yang berhubung pasal duit PENDITA ni. yelah bukan senang tau nak jaga duit, nak kira akaun kredit dan debit bagi sama rata. pulak tu, bukan duit sendiri, tu yang buat jadi takut bila pegang duit orang ni. kalau sikit-sikit takpe lagi, ini sekolah cikgu agak ramai, jadi duit pun tahu-tahulah.
ada satu malam tu duk mengira duit yang ada nak baki sama dengan baki bulan lepas, aduhai, terus pening kepala bila total tak sama, cari jugak nak bagi sama, nasib baik setelah dikira berkali-kali dapat juga jumlah yang sama dengan di tangan. syukur.
bukan senang menjadi bendahari ni bila berurusan dengan duit yang banyak. cik zira lebih suka menjadi setiausaha sebab cik zira dah biasa jadi dan suka kerja menulis menaip dan sistematik perfailan ni. tapi, dah diberi amanah dan tanggung jawab menjadi tukang kira-kira, cik zira harus terima dan cuba menjadi yang baik menjaga duit orang dengan baik. Insya Allah.
nasib baik duit sendiri urusannya sebulan sekali setiap kali masuuk. berapa jam je boleh siapkan setel dah. ini kena kira hari-hari setiap duit yang dapat. takpelah, belajar pelan-pelan, nanti lama-lama mesti dah biasa.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 24 februari 2012 11.55 a.m.
No comments:
Post a Comment