SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 6, 2012

kenapa namanya Diet Tekad dan Nekad?






memetik soalan yang diajukan oleh cik puan bunga, kenapa cik zira namakan DIET  cik zira ni dengan nama Tekad dan Nekad?





lepas dah berjaya mengurangkan berat badan dari 67 KG ke 50 ++ KG, cik zira dah susah sangat nak berdiet semula macam dulu. setahun bertahan dari makanan sedap-sedap semata-mata nak dapatkan badan yang cantik.






sampailah ke satu tahap, bila timbang je berat dah lebih 55 KG. suamiku walaupun kata isteri MERAH dia ni tak nampak gemuk, tapi dia tahu cik zira selalu risau berat cik zira naik gemuk macam dolu-dolu. jadi, dia bagi semangat, kalau berat dah lebih 55 KG, berdietlah semula. kalau tak, cik zira juga yang asyik bising berat dah naik tak habis-habis sampai dia pun naik jelak,,, hehe






jadi, bila cik zira katakan DIET sahaja, itu langsung tak memotivasikan diri cik zira. langsung tidak!






lalu, cik zira namakan DIET cik zira ni dengan nama Diet Tekad dan Nekad. supaya cik zira betul-betul tekad dan juga bernekad untuk berdiet bersungguh-sungguh dan dapatkan berat badan idaman iaitu 52 KG yang jarang sekali cik zira cecah angka itu.






bila dah namakan tekad dan nekad, betul cik zira nekad sungguh nak diet semula. dah mula berpuasa tapi waktu berbuka memang makan nasi dalam kuantiti tidak terlalu sikit dan tidak juga terlalu banyak. untuk memberi tenaga berpuasa esok harinya. kalau dulu jumaat sabtu ahad cuti puasa, nak makan sedap. tapi disebabkan dah tertulis Tekad dan Nekad, dah siap masuk diari, setiap hari cik zira puasa. cuti pun puasa jugak. betul-betul tekad dan nekad kan kan?






ye, orang cakap badan cik zira kurus. memang iye. tapi, cik zira berat tau. itu yang nak turunkan sampai 52 KG kalau boleh. dah dapat berat tu, kalau dapatlah kan, boleh makan sedap-sedap balik. Insya Allah.






tapi kan, tapi kan kan, cuti balik Penang, suamiku kata tak payah puasa. sebagai isteri, hamba harus patuh. kang kesian dekat suamiku nanti,,, ^__*






tapi tetap akan usaha sehari tu sekali je makan makanan berat. perlu tekad jugak!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 5 mac 2012 9.38 p.m.

2 comments:

Cik Puan Bunga said...

Kenapa kat penang takleh posa? Haaaaa! HAHAHAHA!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

sebabnya, faham-faham jelah,, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails