SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 1, 2012

KSSR yang membebankan kebanyakan guru.





sistem KSSR yang baru 2 tahun ni ternyata memang membebankan guru di sekolah. kalau KBSR sebelum ni pun kerja cikgu dah banyak, inikan pula KSSR, bertambah banyak. ye, setiap pekerjaan ada susah nya dan begitulah menjadi cikgu di zaman sekarang. tidak semudah orang bercakap menjadi cikgu senang. TIDAK SAMA SEKALI.






sistem KSSR yang banyak dokumentasi, rekod dan fail memang senang kata membazir. orang atasan, mereka menggubal memberi arahan, tapi yang perit cikgu, sebab cikgulah pelaksana.






semalam, dapat jadual baru tambah lagi 2 kelas KSSR, terus jadi macam down sangat. major cik zira bahasa inggeris, tapi mengajar 2 kelas sahaja bahasa inggeris. yang lain semua subjek yang tiada kena mengena dengan cik zira. 






berikut kelas yang cik zira ajar :



  • 3D - bahasa inggeris
  • 2A - bahasa inggeris
  • 2B - muzik
  • 2H - muzik
  • 2D - dunia seni visual
  • 2F - dunia seni visual
  • 1E - muzik
  • 1A - dunia seni visual





6 kelas KSSR yang muzik dan seninya bukan kepakaran cik zira. serius nak mengajar pun macam mengajar je apa yang tahu. cik zira tahun pertama mengajar kelas KSSR dan terus dapat kelas sebanyak ini. cik zira belum pun mengisi rekod band-band budak-budak ni semua. memang takut bila tiba masa kena buat nanti sebab sampai 6 kelas. takut tak dapat buat dengan baik. masuk kelas mengajar tiada masalah. tapi perlaksanaan rekod KSSR ni satu masalah.






mood semalam tak okeh sampai bawa ke hari ni. risau pasal KSSR ni. bukan mengalah dulu, tapi memang pengalaman kakak-kakak yang mengajar KSSR tahun lepas pun dorang memang cakap sistem KSSR ni banyak susahnya daripada senangnya. cikgu KBSR tak rasa lagi, masih mengajar KBSR, memang seronok, takde masalah mana. nanti dah sampai tahap anak-anak KSSR ni naik darjah 4, baru cikgu-cikgu KBSR dapat rasakan penangan KSSR ni.






cik zira tak nak pening-peningkan kepala sangat. buat macam biasa je. nanti dah tiba nak kena isi segala apa semua tu, buatlah dengan perlahan-lahan dan tanyalah kepada yang pakar. perlu paksa juga diri terima semua ni walaupun rasa berat dah kepala ni dengan KSSR ni semua. kena bawa diri bersabar dan usaha terus berusaha.


 cik zira pada 29 Februari 2012




semoga Allah memberikan kemudahan dan kelancaran dalam urusan kerja cik zira. Amin.






~sekian~



 k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 29 februari 2012 8.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails