SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 22, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SKTC 2012.





sekolah cik zira baru hendak mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada pagi tadi. semalamnya cikgu-cikgu semua berewang dan bekerjasama membuat persiapan.






pagi tadi cik zira sampai terlambat sebab jalan sesak. sampai je terus sediakan teks pengacara majlis secara ringkas sementara menunggu anak-anak murid berarak di luar sekolah dan berselawat.







acara ringkas tapi bermakna. ada bacaan ayat suci Al-Quran, nasyid, bercerita dan ceramah. penceramah dijemput ustaz dari SK Kopok dan ustaznya bagi ceramah best. takdelah bosan jadi budak pun suka nak dengar apa yang disampaikan. cikgu-cikgu pun sama.






selesai semua, barulah anak-anak murid diberikan makanan. tahap 1 diberikan makanan berbungkus. tahap 2 makan di dalam dulang beramai-ramai. cikgu-cikgu bekerja dengan sehabis baik bagi memastikan anak-anak semua mendapat makan dan minum.






cik zira dapat makan lambat sebab cikgu-cikgu lain awal-awal dah makan. jadi, cik zira tertinggal. nasib baik ada makanan lagi atas meja. makan cepat-cepat dan berkemas bersama-sama.






makanan dimasak oleh mantan GB iaitu Tn Haji Musa. ada nasi minyak + ayam masak merah + daging + dalca + kambing blackpepper. minuman air anggur.







Sambutan Maulidur Rasul berjalan dengan baik. selesai satu perkara. Sabtu ni pulak Mesyuarat Agong PIBG. cikgu-cikgu SKTC sibuk betul minggu ni,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 22 mac 2012 6.30 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails