SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, May 26, 2012

set berkelah yang sangat best!





semalam kan hari jumaat. pagi tu cik zira sempatlah pergi giant nak belikan hadiah untuk kak zuraidah yang merupakan seorang je cikgu SK Taman Cendana yang ada rezeki berpindah. kak zuraidah dapat pindah ke taiping.






jadinya, cik zira sebagai bendahari pergilah belikan hadiah untuk kak ida dari pihak PENDITA. cik zira dah tengok katalog giant. sekali terpandang ada set berkelah yang cik zira rasa sangat comel dan senang nak bawa ke mana-mana.






sebenarnya harga dia RM 39.99, tapi sekarang ada promosi, harga tinggal RM 29.99. ada 3 warna. biru, hijau dengan MERAH tapi tak lah MERAH sangat. cik zira amek yang itu.






mula-mula amek 1 set je untuk hadiah kak zuraidah. lepas fikir punya fikir, cik zira amek lagi 1 set untuk cik zira sendiri. nak simpan. sebab set ni memang comel. letak je semua dalam bekas dia dan bawa je nak makan kat mana-mana.






cik zira pun lepas dah balut hadiah untuk kak zuraidah tu, cik zira buka yang set cik zira punya. nak tengok ada apa kat dalamnya. dia ada pinggan 4 saiz. ada mangkuk, cawan, garfu ngan sudu. untuk 6 orang makan.








serius set nya sangat comel. bukan je untuk keluarga nak pergi berkelah. kepada korang yang masih belajar dekat U ke, dekat maktab ke kan, cik zira sarankan pergi beli. yelah, korang kan suka lepak makan ramai-ramai sama-sama dalam bilik, jadi kalau ada set ni, senang. comel pun comel. semua dah ada. mangkuk, pinggan, sudu, garfu, cawan. tak payah nak beli sikit-sikit. beli 1 set ni semua dapat.






mana nak cari? dekat Giant je. harga dia RM 29.99 tau. ada 3 warna. belilah cepat. jangan tunggu lama-lama, nanti habis stok pulak. beli tau. cik zira dah ada 1.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 26 mei 2012 10.26 a.m.

3 comments:

ratna said...

bagus jugak ni..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, memang bagus. senang dan ringkas.

Unknown said...


Ada lg ka set ni sekarang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails