SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, July 2, 2012

Kursus Memperkasakan Sekolah.




maaf ye semalam tidak berkesempatan nak update blog di hari ahad. pagi isnin ni macam biasa. cuma tidaklah disajikan dengan gambar makanan.






cik zira nak bercerita sikit pasal hari sabtu cik zira yang baru lepas ni. cik zira kena pergi sekolah. ada kursus latihan dalam perkhidmatan. semua cikgu hadir kecuali yang ada sebab tertentu. tempatnya di dewan sri delima. AJK yang terlibat dah buat yang terbaik untuk keselesaan semua cikgu. dah jadi cantik dewan tu. 








dimulakan dengan ucapan puan guru besar yang kecik molek dan cantik itu. beliau memberikan banyak nasihat sebagai pemimpin di sekolah itu kepada kami cikgu-cikgu SKTC. kemudian kursus diteruskan dengan taklimat dan informasi berguna disampaikan oleh Cikgu Azmi. memang banyak juga input berguna yang cik zira dapat hari tu.


 Pn Hasmah, GB

Cikgu Azmi, penceramah undangan




dan memang tak rugi jugak datang sebab bukan setakat dapat input berguna tapi jugak dapat makan sedap. juadah yang disediakan memang terbaiklah. nasi hujan panas dan kuih-muih yang sangat banyak dan semua sedap. cuma tak sempat nak amek gamba makanan sebab lapar sangat. penuh meja dengan makanan sedap-sedap.






kursus tamat pada jam 12 tengah hari. dengan badan yang keletihan, cik zira terus menuju ke JB dari pasir gudang tu balik ke rumah dan berehat sejurus sampai rumah.






katanya minggu depan pun ada jugak LDP ni. memang setiap sabtu kena datang sekolah sampailah ke puasa nanti baru dapat rehat hari sabtu. Insya Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 2 julai 2012 9.45 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails