SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 18, 2012

semoga cepat sembuh.




dekat sekolah cik zira sekarang, ramai cikgu yang masih bercuti. macam kak salmah, dia bercuti sebab anaknya yang berumur 3 bulan 2 minggu lepas masuk hospital dan siap masuk surat khabar muka hadapan sebab didera pengasuh sampai patah kaki dan tangan. kesian sangat. sampai hati kan baby kecik lagi dibuat sampai macam tu sekali. ramai cikgu yang melawat kak sal dan baby di HSI.






kak shahrina pula, suaminya kemalangan dan katanya cedera teruk. rasanya masih dalam rawatan. masih tak berkesempatan lagi berjumpa dengan kak shahrina. semoga kak shahrina tabah dan memberi kekuatan kepada suaminya untuk cepat sembuh. Amin.






kak nor pun masih dalam cuti dan menjaga suaminya yang baru lepas pembedahan. kepada kak nor juga, semoga tabah dan kuat melayan kerenah suami tersayang yang masih dalam proses sembuh itu ye kak nor.






hari ni hari orang, mana tahu esok lusa hari kita pula. jadi, sentiasalah mengambil iktibar dan mendoakan kesejahteraan orang lain. hari ni kita tolong orang, mana tahu masa kita susah, orang lain akan tolong kita. Insya Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 14 julai 2012 8.56 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails