apa agaknya rasa ya bila ada orang ketiga nanti?
walaupun lambat lagi, dijangka hujung Januari nanti baru dapat tengok si comel tu, tapi nak tahu jugak apa rasanya bila dianugerahkan Allah insan indah dalam kehidupan suami isteri.
mungkin ke nanti ada peluang cik zira dan suamiku dapat duduk bersama tidak terpisah macam sekarang bila dah ada si baby nanti? atau kena jugak berjauhan ibu dengan baby daripada babahnya? itu cik zira serah kepada Allah untuk tentukan.
18 September baru-baru ni dah 2 tahun dari tarikh cik zira dan suamiku bertunang pada tahun 2010. lagi 2 bulan lebih masuk setahun cik zira dan suamiku menjadi kekasih halal. dan sebulan lebih lepas tu Insya Allah lahirlah si baby ni kedunia.
ticker untuk si baby pun cik zira dah letakkan dekat atas sana. nak ingatkan diri cik zira sendiri lagi bape hari nak pegang title baru selepas title isteri dah berjaya disandang.
nanti dah ada si baby kena kurangkan gado-gado macam gini,,, (;
sekarang, perasaan berdua tu masih sama dan tidak berubah walaupun berjauhan JB-Penang. cuma, tidak sabar rasanya nak rasa perasaan bila dah bertiga nanti. semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 19 september 2012 8.58 a.m.
4 comments:
tahniah cik zira..xsabar nak tgk baby cik zira tu..hee..semoga segala dipermudah kan:)
fatehamohamed.blogspot.com
wah da nk ada baby la. bestnye dia ^_^ hik2..
fatehamohamed :
terima kasih fateha. doakan ye. kita sendiri pun tak sabar. tapi banyak bulan lagi nak tunggu si baby lahir,, =)
HanNis SaNia :
Alhamdulillah. rezeki Allah bagi. (:
Post a Comment